Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Showing posts with label Aktiviti JIM SPT. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti JIM SPT. Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Majlis Nuqaba Daerah SPT, SPU & SPS



Salam alaik.

Jam 9.00 malam Isnin 12 Mac 2012 di pejabat IKRAM Pulau Pinang,Majlis Nuqaba' Daerah(MND) gabungan Daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara di bawah pimpinan Ustaz Hj Mohd Rozee Abd Razak dari JK Tarbiah Negeri Pulau Pinang.

Penerangan dan Perbincangan mengenai tatacara thausiq wa thas'eid juga pemeringkatan mustawa halaqoh di peringkat daerah bagi Mustawa Pra Tamhidi (00), Tamhidi (01 )& Muaiyid (02).

BaarakalLahu Fiikum
Attarbiah Wa Attakwin Thoriquna Littamkin
UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN

Daripada: SPT IKRAMPP
Harryzan Yaakub

Sunday, December 6, 2009

Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM 2009

Kuala Kangar Bandar DiRaja, Masjid Ubudiah Bukit Candang kami jadikan tempat beriktikaf. Suasananya nyaman di puncat bukit menghidangkan ketenangan jiwa dan tubuh badan.

Dua hari ini aku bermusafir ke Kuala Kansar bersama isteriku Ida (JK Tugas-tugas Khas), Ustaz Mohd Rozee Abdul Razak (TYPD) , isteri beliau Eida Khairani Elias (KW) dan Nurazuawati Ahmad (AJK Wanita) untuk bersama dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM (PPN). Tempat yang di tuju ialah Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR), Kuala Kansar, Perak. Tarikh yang dipilih 5 & 6 Disember 2009.


Duduk di sebelah YDP JIM Pulang yang baru Hj Taufek dan juga merupakan sahabat lama di dalam dunia dakwah dan tarbiah ini. Pernah berkongi banyak perkara-perkara yang serupa.

Tema perhimpunan “Membina Permuafakatan Ummah Alam Dilimpahi Rahmah” telah dikupas oleh Presiden Zaid Kamaruddin di dalam Ucapan Dasar beliau dengan bersemangat sekali. Ini kali ke 19 perhimpunan JIM di peringkat nasional ini diadakan. Sesedar aku, tiada yang aku tidak hadiri mungkin satu atau dua kali aku pun tidak berapa ingat. Seronok bertemu sahabat-sahabat seperjuangan yang datang jauh dan dekat. Dengan semangat ukhuwah yang sentiasa hangat mejadikan perjalanan PPN terus mengikut agendanya dengan lancarnya.

Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangar, Perak tempat berlansungnya PPN 2009.

Bertemu dan mendengar pembentangan dan perbahasan mereka yang berjiwa besar memberi satu suntikan motivasi besar kepada kami para perwakilan. Boleh dikatakan sungguh berbaloi bagi membaik pulih prestasi diri kami ini.
Walaupun di rumah anak-anakku baru balik Nursyuhadah dari Pasir Gudang, Johor dan Nurhidayah dari Ipoh, Perak namun aku yakin mereka faham ini agenda emak dan ayah mereka. Aku sering berdoa agar anak-anakku ini dapat menyambung perjuangan kami ibu dan ayah mereka.

Tuesday, October 20, 2009

Empangan Mengkuang di pagi yang hening.

Bukanlah mudah nak ajak anak-anak pada awal pagi Ahad sebegini. Mereka lebih suka membuta saja.


Jam sudah 7.00 pagi
Kenapa tidak bangun lagi
Kan kita sudah berjanji
Tiap Ahad ber PATT

Bukan kerana hadir YD
Bukan juga kerana Ustaz Rozee
Beriadah di pagi hari
Untuk kesihatan diri sendiri

Anak-anak liat selalu nak pergi
Mata mengantuk menguasai diri
Malas bertengkar di pagi hari
Hanya berdua umi dan abi

Senanam perut tidak dilupa
Barang juadah kongsi bersama
Rapat hubungan bertegur sapa
Erat ukhuwah sekian lama

Saturday, September 19, 2009

Perutusan Aidil Fitri

Salam. Alhamdulillah. Barakallah. Semoga dirahmati Allah SWT sentiasa. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Dalam kemeriahan musim raya ini mari kita ambil kesempatan merapatkan silaturahim di antara keluarga dan juga masyarakat setempat. Gunakan ruang waktu semaksima mungkin dengan aktiviti berinteraksi sesama sendiri. Solat berjemaah samada di surau atau di masjid, ziarah sanak keluarga dan sahabat handai.

Pertamanya jangan jupa zakat fitrah kita dan tanggungan kita tunaikan secepat mungkin takut-takut kita terlalai dengan kesibukan dengan persiapan raya. Keduanya ibadah kita di malam raya mari kita budayakan kerana fadhilatnya sangat besar. Seterusnya makan dahulu dan pergi segera melaksanakan solat sunat Aildil Fitri. Pergilah dengan jalan lain dan kembali ke rumah melalui jalan yang lain.
Hidangan juadah merupakan adat yang baik nanum jangan sampai boleh berlaku pembaziran.

Setiap tindak-tanduk kita jangan lupa dakwah dan kebajikan merupakan tugas dan kerja kita di dalam pencarian redha Allah SWT. Maka dekatilah masyarakat dengan paling bijaksana. Bantulah mereka yang memerlukan. Dahului dengan keluarga terdekat, sahabat-handai dan jiran-jiran. Semaikan sikap “hubbul akh”, kasihkan sahabat.

Akhir sekali marilah kita berhati-hati semasa bermusafir berkenderaan, berhemah semasa memandu dan pastikan di rumah yang kita tinggalkan selamat. Gunakan kesempatan ini dengan lebih menyantuni ibu, bapa dan keluarga tersayang. Layani kehendak mereka semampu mungkin. Teruskan budaya beribadat seperti di bulan Ramadhan, banyak membaca Al Quran dan solat malam. Jangan lupa puasa sunat enam Syawal. Semoga kita memperolehi makam taqwa yang kita idamkan insyaAllah.
Anak-anak paling seronok berhari raya. Selain dapat makan duit raya pun akan dapat juga.

Bila kembali ke rumah bersama-samalah kita menyantuni sesama kita pula. Sertailah “Baraan Syawal JIM SPT” pada 4 October 2009 mulai 10.00 pagi di rumah YDP JIM SPT di Taman Guar Perahu dan seterusnya ke rumah AKJ JIM SPT yang lain sehingga petangnya

Jari disusun dan maaf dipinta untuk diri ini dan juga kami sekeluarga. Sebagai ketua sebuah keluarga besar ini tentu banyak kelemahan. Harap diperbaiki dan mendapat teguran mesra daripada semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan semoga diberkati. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum.

Thursday, September 10, 2009

Majlis Berbuka Puasa JIM SPT bersama TAR Meriah.

Inilah semangat gotong-royong warga JIM SPT bersama guru dan waris Tadika Amal Rintis di Pusat Komuniti JIM Taman Guar Perahu.

7 September 2009Salam. Alhamdulillah. Barakallah ikhwah dan akhawat yang di kasihi sekelian. InsyaAllah, JIM SPT dan Tadika Amal Rintis (TAR) telah bersama mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada hari Isnin semperna Nuzul Quran 17 Ramadhan 1430 bersamaan 7 September 2009 bertempat di Pusat Komuniti JIM Taman Guar Perahu. Semua jemputan adalah dikalangan warga, rakan dan keluarga JIM SPT bersama pelajar, waris dan guru-guru TAR.

Aku pun mahu turut membantu walaupun baru balik kerja.

Gotong-royong telah bermula sejak pagi lagi dimana guru-guru telah bersama menyediakan persiapan untuk BBQ, ayam dan ikan bakar. Berbagai juadah tambahan disumbangkan oleh para hadirin. Suasana sungguh meriah dengan masing-masing terlibat membakar ikan dan menyediakan hidangan kueh-mueh ala buffee. Doa sebelum berbuka dibacakan oleh TYDP JIM SPT Ust Hj Mohd Roze B Abdul Razak. Ini adalah diantara waktu doa sungguh mustajab.

Blogger sensasi "Insan Marhaem" tersenyum lebar, mungkin perut sudah kenyang. "Ada apa-apa lagi nak makan nie?"

Solat Maghrib bejemaah kemudiannya telah diimamkan oleh Ust Mohd Rozee manakala imam solat sunat Tarawikh diimamkan oleh Tuan Hj Atan Darus jawatan baru beliau di dalam JIM SPT sebagai Bendahari. Semoga JIM SPT akan lebih melonjak lagi di masa hadapan.

Paling seronok ialah guru-guru TAR. Mereka dapat duit Raya yang disampaikan oleh Ketua Wanita JIM SPT yang baru Pn Hjjh Eida Khairani.

Suasana majlis berbuka puasa ini amat meriah dan merapatkan lagi silaturahim di antara instutusi tadika dan JIM SPT. Ini sesuai dengan tema Ucap Utama YDP SPT di dalam Mesyuarat Agong Daerah 2009, “RJIM2 Didahulukan Kebersamaan Diutamakan”. Terima kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga Allah SWT memberkati kita semua. Ramadhan Al Mubarak

Ketua Wanita JIM SPT menyantuni guru-guru TAR.

Wednesday, August 12, 2009

Letih Berjuang ?


Insan ini nampak letih, umur sudah hampir mencecah lima puluhan tetapi masih mahu menjadi YDP daerah. Bagilah kepada yang lebih muda dan bertenaga. Daripada aksi gambar ini nampak macam baru menyembur ubat racun perosak pada tanaman. Baru menyembur atau baru kena sembur?

Musim ini warga JIM seMalaysia akan mengadakan mesyuarat agong tahunan samada MAD/MAWD bagi daerah dan MPN/MPWN bagi negeri. Manakala diperingkat pusat atau nasional PPN/PPWN. Cuma yang perlu kita beri perhatian lebih ialah tahun ini adalah tahun permilihan AJK. Maka gunakanlah segala kewarasan dan kebijaksanaan yang ada untuk memilih pimpinan yang sesuai dan terbaik. Jangan pakai tunjuk-tunjuk sahaja. Sila rujuk kepada pimpinan daerah masing-masing, selalunya kita telah membuat cadangan untuk pimpinan yang bakal dicalunkan. Perkara ini amat penting untuk menyambung kerja-kerja khususnya yang melibatkan RJIM2 itu sendiri.
Tunjuk ajar dari yang berpengalaman amat perlu untuk golongan muda menyambung perjuangan murni ini.
Kita di dalam organisasi JIM bukan sahaja telah mengariskan beberapa panduan pemilihan AJK tetapi telah dijadikan usul untuk memasukan beberapa AJK muda, pelapis yang umur dalam lingkungan tiga puluhan di dalam pemilihan tahun ini. Usul ini dibuat mengambil kira untuk menguatkan lagi saf-saf untuk masa hadapan. Maka cari-carilah anak muda yang tepat dan sesuai.
Hj Taufek Abdul Rahman yang di tengah itu merupakan calun YDP JIM PP sesi hadapan yang dicadangkan oleh Ir Hj Jamaludin dan beberapa pimpinan Negeri dan daerah. Memang dikenali ramai, mudah mesra, berkeupayaan tinggi dan banyak terlibat di dalam isu-isu tempatan.

Perlu diingatkan fenomena ini tidak bererti yang tua atau yang lama ini boleh berehat. Apalah ertinya kita berehat jika sisa tenaga dan umur ini masih diperlukan untuk bersama memacu dakwah dan kebajikan ini. Mari kongsi pengalaman, mari kita bimbing, mari kita beri pandangan, mari kita nasihati mereka yang memerlukan.

Letih memang letih, kita bukan robot seperti ‘transfomer’ tetapi tergamak kita selepas melantik pelapis, kita tinggalkan begitu sahaja tanpa apa-apa panduan dan pertolongan. Masa rehat kita berbeza, ada yang hampir tiap-tiap malam tidur lewat, bukan menonton TV tetapi membuat kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Mereka ini juga di pagi hari harus sampai awal di pejabat. Begitulah rutin hidup mereka. Cuma rehat sementara mereka di dunia ini untuk melaksakan hak badan.

Dari kiri Isahak, Cikgu Rusli dan Asrul. Isahak telah dicadang meneruskan tugas sebagi SUN untuk menlancarkan yang sedia ada. Beliau akhir-akhir ini lebih lantang menegakkan isu Syariah Islam.

Mereka ini inginkan rehat yang sempurna di Alam Sana di Taman Syurga. Semoga Allah SWT kabulkan. Amin. Jangan nanti Allah SWT rehatkan kita pada ketika yang tidak kita sangka-sangka dengan penyakit-penyakit seperti lumpuh, stroke atau yang hilang upaya dengan sebab-sebab tertentu. Masa itu tidak perlu lagi ke sana-sini.

Allahu Akhbar minta dijauhkanNya.

Monday, May 4, 2009

Empangan Mengkuang Sedia Menyegarkan Ukhuwwah.

Pada 2 Mei 2009 Empangan Mengkuang milih aku dan isteriku tiada seorang insan di sini. Nak tahu kenapa ? Pagi itu hujan tetapi aku sudah berjanji dengan NISA' akan mengajar kelas silat pagi itu.

Walaupun jauh di perdalaman namun ianya merupakan destinasi tumpuan bagi yang mementingkan kesihatan dan ukhuwwah. Warna tasiknya yang biru memukau mata memandang. Airnya yang tenang tetapi ada ketikanya sedikit beralun dek hembusan bayu lembut menolak air di permukaannya. Begitu juga ada seketika riak-riak kocakan air hasil kemesraan kerana terdapat banyak ikan-ikan kecil dan besar bermain di pergigian tebing.

Itulah suanasa yang mampu diungkapan untuk penulisan ini. Bagi keluarga JIM SPT tempat ini merupakan di antara destinasi yang selalu dirindui pada hujung minggu. Destinasi bertemu sahabat-sahabat sekurang-kurangnya di dalam suasana santai yang mengikat “hubbul ahk” kasihkan sahabat. Di sini mereka dipertemukan pada pagi Ahad yang kebiasaannya orang lain ingin nyanyak tidur kembali sesudah subuh menqadakan lima setengah hari bekerja.
Inilah tempat yang bakal dipenuhi oleh keluarga besar JIM dalam kemesraan berHari Keluarga JIM PP 2009 nanti.

PATT satu konsep ‘Pagi Ahad Tidak Tidur’ yang ingin dikongsi bersama kemanisan bersilaturrahim. Maka dengan rendah diri YDP kami Akh Rusli Hashim menawarkan diri dan daerah SPT sebagai pengarah program dan destinasi Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009. Kami juga kekakang ‘fening kepala’ dengan sikap proaktifnya.

"Hubbul Akh" konsep kasihkan sahabat yang mementingkan kesihatan dan persahabatan di pondok inilah kita akan berteduh bersama insyaAllah.
Keheningan pagi itu kelak akan dimulai dengan senaman arobik ala silat yang akan dipimpin khas oleh seorang guru silat yang tidak asing dikalangan warga JIM. Kemudian bagi yang mahu berjalan santai atau mengadu tenaga bersama sahabat sambil menikmati persekitaran empangan ini dijemput bersama di dalam program ‘walkathon’ yang sudah pasti menjanjikan hadiah-hadiah menarik bagi mereka yang bernasib baik.

Sukaneka dan persembahan khas akan menghiburkan lagi suasana bagi yang merindui kemesraan bersama sahabat-sahabat lama dan baru. Satu hadiah khas untuk satu keluarga yang terpilih yang berjaya membawa seluruh ahli keluarganya bersama di hari tersebut. Kita sangat berterima kasih kerena daerah dan negeri telah dan akan menyumbang RM50 masing-masing. Sedikit yuran penyertaan diperlukan untuk menampong kos-kos yang sepatutnya. Satu keluarga, tidak kira jumlah ahlinya cuma perlu menyumbang RM10 dan kepada individu cuma harus menyumbang RM5 sahaja.

Diharap program ini tidak dipandang sepi kerana ini adalah salah satu tuntutan RJIM2 kita. Semoga Allah permudahkan usaha murni ini.

Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009 bagi yang memetingkan kesihatan dan persahabatan.

Wednesday, April 22, 2009

Majlis Makan Malam Bersama Warga Emas Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Bowling Peringkat ILP.

Bersama di meja VVIP dari kiri Prof Madya Nasirun Moh Saleh. YB Tuan Abdul Malik Abul Kassim, Cikgu Rusli Hashim & Hj Atan Darus Chik. Satu penghormatan yang tinggi buat JIM Pulau Pinang

Sabtu, 18 April 2009 bertempat di Safira Country Club, Seberang Prai Tengah, majlis makan malam ini adalah anjuran bersama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. JIM Timur Laut sebagai salah satu penyumbang kepada program ini telah dijemput bersama sebagai tetamu kehormat. Majlis ini telah diwakili oleh YDP dan TYDP JIM SPT, Cikgu Rusli dan Hj Atan Darus. Majlis telah disempurna majlis penutupannya oleh YB Tuan Abdul Malik bin Adul Kassim, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Projek Sukan Rakan Masjid ini merupakan aktiviti tahunan bagi Rakan Masjid Qaryah Masjid Al Malik Khalid. Ianya melibatkan belia dari warga kampus dan mahasiswa IPT sekitar Pulau Pinang. Manakala Projek Makan Malam bersama Warga Emas ini merupakan program julung kalinya dilaksanakan.

Kedua-dua program ini dirangka bersesuaian objektif pertama Rakan Masjid ditubuhkan untuk belia dan remaja menghidari gejala sosial dengan menyertai aktiviti yang berfaedah. Tema Rakan Masjid ialah “Ukhuwwah (persaudaraan) Tanpa Sempadan”. Program ini diharapkan mampu menarik minat golongan sasaran kepada aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

JIM sebagai wadah NGO Islam sentiasa menyokong usaha-usaha murni sebegini. Terima kasih kepada Tuan Pengarah Pusat Islam khususnya Prof Madya Nasirun Mohd Saleh dan pihak penganjur.

Sunday, February 22, 2009

Memanah Sunnah Nabi saw.

Kesabaran, kemahiran dan fokus kepada yang utama merupakan latihan penting dalam memanah dan ianya boleh diamplikasikan di dalam kehidupan juga.

"Ajarkan putera-puteramu berenang dan memanah"; hadis riwayat Ath Thahawi. Tetapi sebelum itu para bapa kenalah belajar dahulu baru boleh ajarkan kepada putera-puteranya pula.

Berenang aku sudah tahu sedikit sebanyak. Dahulu pernah masuk Kelab Renang di sekolah menengah. Pergi belajar berenang di Chinese Swimming Club di Tanjung Bunga. Kira bolehlah berenang dan terapong sikit-sikit.

Tetapi bab memanah memang tiada pengalaman rasmi secara profesional. Zaman kanak-kanak cuma main panah guna batang lidi dan getah bulat sahaja. Bila remaja ada kemajuan kerana main guna buluh yang diraup-raup. Aku zaman remaja memang kreatif biasa sahaja buat sesuatu permainan secara sendiri. Keris, tombak, pisau, parang, gitar, senapang dan lain-lain semuanya buat sendiri. Zaman itu mana ada games macam computer.

Along, Zulkarnain dan Hj Atan nampak begitu fokus menari anak panah untuk diluncurkan ke papan 'target'. Kelihatan sungguh gagah macam orang pro gaya mereka.

Baru-baru ini aku cuba memanah secara 'pro'. Memang hebat, baru belajar telah mampu memanah 'bull's eye' beberapa kali Alhamdulillah. Mungkin aku bercadang mahu anjurkan kelab memanah di bawah RINTIS Outdoor Ventures. Sebuah syarikat 'outdoor' yang kami di JIM SPT bangunkan suatu ketika dahulu.

Aku bercadang mahu mengajar anak-anak dalam sukan ini pula. Selain seni silat kami sekeluarga memang telah berkongsi minat yang sama, rasanya molek juga belajar memanah. Boleh sihatkan badan dan jika berkemampuan boleh mewakili negara dan sebarang sukan memanah. Kita pun tahu amat kurang penglibatan orang ramai dalam sukan ini.
Syuhadah dan Muhammad Sobri tidak ketinggalan mahu mencuba. Aku amat bangga mereka mahu bersama.

Bagi diri aku sukan ini boleh merapat hubungan kekeluarga dan juga sahabat-sahabat. InsyaAllah mendapat pahala kerana ianya sunnah Nabi saw. Dengan niat yang baik ianya merupakan persiapan jihad bila diperlukan. Janganlah seorang mukmin itu mati selagi mana tiada ada niat untuk dia mati syahid.

Monday, February 9, 2009

Sebutir Mutiara Akan Menyinari Sarawak.

Dari kanan Rahimi dan Ahmad begitu tekun membancuh simen dalam gotong-royong membuat kerja amal.
Saudara Rahime Che Yen, AJK JIM SPT, aktivis Kelab Remaja JIM, Tadika Amal RINTIS dan beberapa lain jawatan dalam masjid dan masyarakat setempat akan ditugaskan ke Sarawak. Beliau akan melapor diri di tempat kerja yang baru bermula 1 Mac 2009 di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Cawangan MIRI Sarawak. Beliau akan ke sana dahulu sementara keluarganya akan masih di SPT buat masa ini.

Warga JIM SPT ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala bakti yang beliau curahkan kepada daerah SPT khasnya dan Pulau Pinang amnya. Sayu juga dikenangan Rahimi seorang aktivis yang banyak memberi sumbangan kepada JIM dan masyarakat.

Semoga beliau dan keluarga akan terus beristiqamah dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Kita doakan Allah akan sentiasa memberi perlindungan dan kesihatan yang terbaik untuk beliau sekeluarga.
Selamat berjuang dan selamat bertugas.

Wednesday, January 21, 2009

Lapan Ribu Risalah Boikot Telah Diedar.

Lapan ribu risalah telah diedar di sekitar kawasan Seberang Perai Tengah dalam tempoh tujuh hari oleh ahli, rakan dan keluarga Jamaah Islah Malaysia. Mudah-mudahan akan ada 8000 orang yang akan bersama memboikot barangan Amerika Syarikat dan Israel. Sasaran utama operasi ini ialah terus menemui pengujung dan pengusaha pasar malam. Hasrat murni operasi ini bertunjangkan keinginan untuk bersama dan tidak hanya berpeluk tubuh demi menyelamatkan Gaza dan sekali gus rakyat Palestin . Objektifnya sangat jelas dan tepat, pertama untuk melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk membantu Palestin dan keduanya untuk meningkat amal dan motivasi para sukarela. Boikot barangan Amerika Syarikat dan Israel ini janganlah dipandang sepi kerana jika semua umat ini bersatu impaknya sangat besar kepada ekonomi negara terbabit. Kita tidak mahu dan jangan sekali-kali merelakan hasil pembelian kita itu akan mereka gunakan untuk menghancurkan rakyat Palestin. Tidak ! Jangan sekali-kali kita bersekonkol dengan perbuatan keji dan hina ini. Mungkin ada yang menyatakan selain boikot barangan ini apa lagi yang boleh dibuat. Sebenarnya ada lebih 21 langkah atau perkara yang boleh kita laksanakan. Mari kita telitikan. Berdoa, solat hajat, sebar risalah, buat banner, hadir demonstrasi, buat salinan risalah, beri sumbang RM, ujudkan tabung, beri ceramah, dengar ceramah, jual buku, buat persembahan multimedia, boikot barangan US dan Israel, buat kempen bantahan tanda tangan, menulis blog, kempen RM1 seorang untuk Palestin, pasang pelekat kereta, pakai lencana, pakai kemeja-T, sertai badan atau pertubuhan yang berkenaan, baca Qunut Nazilah dan mungkin banyak lagi. Jika tidak mampu melaksanakan sebahagiannya janganlah ditinggal kesemuanya.
Hari ini hari mereka hari esok mungkin hari kita pula, mana tahu. Semoga kita tidak berdiam diri. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu. Mudah-mudahan Allah terima usaha kita.

Tuesday, December 16, 2008

Rehlah Keluarga JIM SPT Disember 2008.

Adik Nurul Izzah Bt Darus berkain merah di sebelah Ketua Wanita JIM SPT Kak Mon, bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah. Gen -Z di kanan sekali kakaknya Nabilah bakal ustazah.

Seramai 10 keluarga JIM SPT berbincang mengenai Ucapan Dasar Ketua Wanita dan Presiden JIM.

Sabtu 13 Disember 2008, selepas bersama meraikan kenduri kahwin anakanda sahabatku Hj Rashid dan Kak Zah, kami warga JIM SPT bergegas ke program "Rehlah Kaluarga JIM SPT" di Sedim Eko Theme Park Resort. Program dimulai sejak jam 3.00 petang hingga 5.00 petang untuk melapor diri, mandi manda dan persiapan BBQ. Aku sampai lebih kurang jam 6.00 petang, lewat kerana perlu menguruskan beberapa perkara terlebih dahulu. Kemudian kami makan malam BBQ hingga 7.00 malam. Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Hj Isa dan Tazkirah Perdana disampaikan oleh Hj Atan TYPD JIM SPT yang ditugaskan sebagai JK TPSM (Tarbiah& Pembangunan Sumber Manusia) dengan pengisiannya tentang perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah saw, seperti Muaz Al Jabar & Umar Al Khatab. Siap dengan tangkap syahdu apabila menceritakan perihal Umar pada zaman jahiliahnya.

Anak-anaklah yang paling seronok bermain air di Sungai Sedim ini

Isyak berjemaah diimamkan oleh sdr Zulkar9. Kemudian kami berbincang mengenai ulasan Ucapan Dasar Ketua Wanita dan Presiden JIM yang dibentangkan oleh Hjjh Zabedah dan saya sendiri. Pada penutupnya pula Ustazah Saliza & sdr Harryzan memberi penyampaian mengenai HPA pelan perniagaan dan banyak penerangan terkini. Semua penyampaian pada malam itu menggunakan projektor & PC. Siap PA System JIM SPT yang dibawa khas dari PKJ (Pusat Komuniti JIM) dan tamat kurang lebih jam 11.59 malam.

Hj Atan dengan Tazkirah Perdana memberi sentuhan yang istimewa kepada semua. Ada satu ketika beliau terhenti kerana terlalu sebak mencerita mengenai sahabat Umar Al Khatab menanam anaknya hidup-hidup sewaktu zaman jahiliahnya.


Along berihat kerana kakinya sakit. Dia melompat terus dari beranda rumah terus ke sungai. Anak Gayong katakan.

4.30 pagi hari Ahad 14 Dis 2008 dimulakan dengan qiam di kediaman masing-masing. Sebuah banglow untuk akhawat (wanita) dan anak-anak. Dua buah rumah berkembar untuk ikhwah (lelaki), remaja dan aulad (anak-anak lelaki) yang lain. Subuh diimamkan oleh Ust Hj Rozee, JK Ulamak dan sedikit penerangan mengenai pengharaman "yoga" oleh Fatwa Kebangsaan. Terus dengan sesi taaruf generasi Y & Z. Anak-anak ini telah diberi peluang bercakap meperkenalkan diri, ibu bapa & cita-cita mereka.
Inilah sebahagian besar keluarga JIM SPT. Selepas senaman pagi.

Senaman pagi dibawa oleh sdr Ahmad Baharuddin. Selepas sarapan sesi PATT (Pagi Ahad Tidak Tidur) bermula dengan aktiviti air dan sebagainya. Rata-rata program ini memang menyeronokan. Tempat bagus, BBQ pun sedap, Tazkirah menginsafkan dan memotivasikan, mandi sungai pun puas dan penganjuran yang baik dan amat sesuai untuk semua. 10 keluarga dan beberapa yang bujang satu jumlah yang agak besar juga. Jzkk (terima kasih) kepada Kak Mon dan akhi Zulkar9 diatas penganjuran program ini dan juga akhawat sekalian yang menyediakan makanan. Lepas itu pergi kenduri adik Rahimie Che Yen pula di Penaga.


Hj Atan dok main 'Tai Chi' nya. Beliau terkenal dengan panggilan 'Prof Tai Chi'. Sekali sekala berenang macam spesis jerung. Nak tahu tanya Ahmad Baharuddin.

Sampai ke rumah jam 6.00 petang telah menghatar keluarga Ust Zulkifli di Pematang Janggus dan Naimah di Kubang Semang. Alhamdulillah terasa puas dikurniakan kesempatan bersama sahabat-sahabat tercinta. Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku bersama mereka ini.

Tuesday, November 25, 2008

PPN2008 di Darul Puteri, Cheras, KL.

Para perwakilan ramai yang menyatakan ini adalah PPN yang paling 'best'. Diantaranya ialah kerana terdapat kelebihan kehadiran generasi pelapis yang digelar-gelar Generasi-Y berbanding PPN yang sudah-sudah. Bagi yang mahu mengetahui lebih lagi sila carikan apa itu Gen X, Gen Y dan Gen Z. Kedua sewaktu sesi pergolongan Presiden jam telah masuk 7.00 malam tetepi masih ramai perwakilan yang tidak berganjak daripada tempat duduk. Ini menunjukan semangat dan tanggung-jawab dilaksanakan sehingga selesai. Tazkirah Perdana selepas maghrib oleh Dr Farid sudah pasti memberi kesan dengan nada naik turunnya dengan nas-nas Al Quran deng fasih diutarakannya pasti menjentik hati-hati yang keras ini.

Isahak, aku & Asrul kami nampak segar walaupun pada hari kedua. Tengok baju koperat JIM yang aku pakai. Segak tak?
Bagi aku berjumpa sahabat-sahabat, ikhwah dan da akhawat merupakan diantara nikmat yang sungguh menyeronokan. Tidak kita dari satu negeri atau negeri-negeri yang lain. Boleh dikatakan semuanya pasti menegur satu sama lain apabila berhadapan atau berselisihan sewaktu berjalan. Begitu juga dengan JKP masing-masing mempunyai santunan mereka yang tersendiri.

Aku kali ini tidak menempah mana-man bilik semasa PPN2008 ini kerana dapat menumpang di rumah adik kandungku yang bongsu Zaharah di Ulu Selangor dekat Sungai Buluh. Semua keluargaku bersama didalam permusafiran ini. Anak-anakku semua ada bersama. Along, DeqNor, Syuhadah dan Muhammad Sobri. Begitu juga dengan emakku, adik pertamaku Seliha, adik keduaku Zarinah dan anak-anak saudaraku. Semuanya berjumlah 12 orang. 'Balui' memakai UNSER ini.

Waktu rihat aku diajak ke bilik 116 Asrama Darul Puteri ini bersama "Gang Barat Daya". Tentu kamu dapat mengagak banyak cerita lucu dan ceria semasa di bilik mereka. Kalau ada kesempatan namti aku coretkan. Dari cerita-cerita dari Pulau Pinang hingga ke puncak Gunung Tahan. Hendak tahu teknik tidur berbaring kepada dinding yang menegak? Boleh tanya YDP Barat Daya.

Terima kasih ZulF, Latif, Wan, Zainuddin dan Mohd Tuah kerana sudi menerima aku ini.

Sunday, November 23, 2008

Aku Sayang Pada Mu

Inilah diantara sahabat-sahabatku dalam ajk JIM SPT (Jamaah Islah Malaysia Seberang Perai Tengah) yang merupakan tunjang atau tulang belakang dalam perjuangan kebajikan dan dakwah setempat. Semoga mereka Allah SWT kurniakan sebaik-baik kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Semoga kita akan tetap beristiqamah di dalam jamaah yang murni ini.


Sekarang Ahad 23 November 2008, aku teringatkan kalian. Jam 4.15 petang dan aku masih berada di Dewan Besar Darul Puteri Cheras Kuala Lumpur ditemani isteri tercinta Pn Rahidah Saad. Dalam agenda penting peringkat nasional iaitu PPN, Perhimpunan Perwakilan Nasional 2008. Kalau aku masih dan mampu ingat, aku ini hampir tidak pernah menguzurkan diri dalam menghadiri PPN ini. Walaupun kadang-kala bukan mudah hendak memenuhi tanggung-jawab ini sebagai YDP (Yang Dipertua) JIM SPT. Beberapa jam lagi hendak pulang ke Tapah dan kemudian ke Pulau Pinang tidak bersama kalian seperti dahulu-dahulu tetapi sekarang bersama keluarga yang menemani perjalanan ini.

Terlalu banyak yang hendak ditulis hasil atau mutiara-mutiara PPN 2008 ini, tetapi biarlah masa dan ketika yang lebih sesuai aku cuba kongsikan insyaAllah. Cuma aku hendak nyatakan kepada kalian aku sering pandang ke kiri ke kanan dan rasa keseorangan walaupun ada lebih kurang 300 orang perwakilan di sekeliling aku ini.

“Wahai Tuhan yang membolak-balik hati-hati, tetapkan hati-hati kami ini dalam agama Mu”.

Sunday, September 21, 2008

Malam 21

Kerusi Roda disampaikan kepada Ustaz Khairi Salleh

Bersama Hj Atan dan Ust Rozee kami telah menyambut permintaan dari seorang sahabatku Cikgu Fuzi Embi aktivis Unit Amal Kulim Bandar Baru, Kedah untuk disampaikan sebuah kerusi roda kepada seorang yang amat memerlukannya.
Malam itu malam 21 Ramadhan, kemungkinan diantara malam yang dikurniakan Allah SWT “Malam Al Qadr”. Malam yang ditawarkan BONUS ganjaran pahala 1000 bulan yang menyamai 83 tahun lebih. Kita yang kerja dengan majikan pun, biasanya bekerja setahun diberi BONUS sebulan atau dua bulan gaji. Kerja 12 bulan baru dapat 1 bulan BONUS. Tetapi kayaNya Allah SWT, kita beribadah cuma semalam dikurniakan 1000 bulan ganjaran BONUS. Malam Al Qadr ini telah Rasulullah saw khabarkan agar kita mencarinya di malam-malam 10 akhir Ramadhan dan ianya pada malam-malam ganjil seperti malam 21. 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan. Buatlah ibadah semampu boleh dan banyakkan meminta keampunan Allah SWT.


Kami keluar sekejap dari beriktikaf dua malam di Masjid Nyior Sebatang, Sungai Dua, Seberang Perai. Begitulah kami pada 10 malam terakhir Ramadhan bersama sahabat-sahabat JIM (Jamaah Islah Malaysia) akan memilih sebuah masjid dan beriktikaf beramai-ramai.
Dari kiri Cikgu Fuzi, Rusli dan Hj Atan

Sesampai kami di Markas PAS Cawangan Air Merah Kulim, telah disambut dengan hidangan lemang yang baru dibakar di sebelah markas dan berlaukan gulai ayam. Apa lagi tidak payah cerita panjanglah. Alhamdulillah layanan yang kami terima amat mesra sekali. Kemudian sampailah sahabat-sahabat dari Serdang Kedah dan kami pun menyampaikan kerusi roda tersebut untuk disumbangkan kepada seorang penduduk di Serdang tersebut. PAS telah diwakili oleh Ustaz Khairi Salleh Ketua Penerangan Pemuda dan Penasihat Unit Amal Kulim Bandar Baru.

Mudahan-mudahan Allah SWT memberi rahmat dan ganjaran setimpal kepada semua yang berusaha menguruskan projek ini. Semoga amal yang sedikit di malam 10 malam terakhir Ramadhan dapat menginsafi diri dan menyuntik sedikit saham untuk Allah kurniakan ketaqwaan kepada kita semua. J & W.

Sunday, September 14, 2008

Solat di dua surau.


Salam. Alhamdulillah. Hari ini memang 'best' dapat solat di dua surau. Maghrib di Surau Taman Baru, Seberang Jaya bersama sahabat JIM SPT dan Isyak serta Tarawikh di Surau Taman Sri Janggus, Alma bersama pimpinan Silat Pusaka Gayong. Paling 'best' dapat bawa anak-anak dan isteri bersama. Kecuali Nurhidayah anak keduaku yang sedang menuntut di Kolej Poly-tech Mara Ipoh jurusan Multimedia.
(gambar di atas Hj Atan kedua dari kiri dan Rusli kanan sekali di Taman Baru)

Di Taman Baru, Hj Atan jadi 'host' Iftar Perdana dan tazkirah oleh Ust Khairul Anwar Musa. Manakala di Surau Sri Janggus Imam Ust Razali Ismail Ketua Beradat Silat Pusaka Gayong dan tazkirah telah disampaikan oleh Ust Ahmad Fahmi Abu Bakar Mudir Sek Islam Al Islah Tok Bedu, Tasik Gelugor, yang merupakan Imam Waris Beradat Silat Pusaka Gayong.

Ust Ahmad Fahmi menceritakan seorang sahabat Nabi, Abdullah Ibn Usamah yang diutus mengadap Kisra Parsi untuk menyampaikan seruan Islam. Sifat tegas dan berani patut kita contohi. Kedua ustaz menceritakan mengenai sahabat Sumamah ibn Usyaib Ketua Bani Umamah yang gigih bekerja untuk Islam. Walaupun pada mulanya beliau menetang Islam. Selepas beliau ditawan, Rasulullah saw telah melayani beliau dengan baik dan apabila beliau dibebaskan beliau telah memeluk Islam kerana tersentuh dengan layanan dan akhlak Islam.


(Di Surau Sri Janggus dari kiri Ust Razali, Cikgu Fuzi & Rusli manakala Cikgu Helmi Harun tukang ambil gambar)

Rumusan tazkirah; pertama kita kena yakin dengan kemenangan Islam, kedua bekerja untuk memperjuangkan Islam dan ketiga Allah SWT sentiasa melihat kita maka pohonlah doa dan hidayahNya. Walau apa pun rintangan hidayah sebenarnya milik Allah, yakinlah.
J & W

Saturday, September 13, 2008

Puasa Hari Ke-13

Salam.
Alhamdulillah.
Semoga dirahmati.

InsyaAllah.
Hari ini umat Islam telah memasuki hari yang ke 13 berpuasa. Kami dalam JIM SPT telah merancang untuk mengadakan Iftar Perdana di rumah Tuan Hj Atan di Taman Baru. Aku sebagai Yang Dipertua Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Daerah Seberang Perai Tengah (JIM SPT) tentu akan berusaha untuk bersama dalam program berbuka puasa ini.

Semoga aku dapat bertemu sahabat-sahabat jauh dan dekat.

J & W