Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, July 14, 2015

Innalillahi wainaillahi rajiuun.

Pagi Jumaat tanggal 10 Julai 2015 aku ke Maybank di Seberang Jaya. Untuk memasukan duit hasil kutipan sumbangan orang ramai yang kami buat dalam program Solat Tarawikh bersama Imam Palestin. IKRAM SPT dijadualkan untuk membawa imam ini ke beberapa Masjid dan surau. Aku bankin RM1777.00 wang kertas RM1 dan RM5 yang tidak boleh dimasukan ke dalam mesin ATM Cast Deposit. Alhamdulillah keseluruhan kutipan di SPT sahaja mencecah hampir RM13K. Semasa dalam perjalanan ke rumah hujan sedikit-sedikit. Di suatu persimpangan T selepas Stesen Minyak Shell "DOOM!", kereka terlanggar sebuah kereta Waja yang dipandu oleh seorang wanita muda. Hasilnya seperti gambar ini. Innalillahi wainaillahi rajiuun.

Tuesday, July 7, 2015

Gambar terkini "Soleh"

Assalamualaikum, Ramadhan Al-Mubarak. Sekarang sudah hari yang ke-20 kita berpuasa, tentu sudah merasa sedikit sebanyak nikmatnya. Samada dari aspek fizikal mahupun spritualnya. Jangan lupa ada beberapa perkara yang jangan kita abaikan; satu mengenai "zakat fitrah" jangan ditangguh-tangguh ke saat terakhir, risau terlupa pula. Seterusnya ialah tentang Malam "Al Qadr" yang pasti dianugerahkan Allah SWT pada bulan Ramadhan ini pada tiap-tiap tahun dan diriwayatkan kepada kita, ianya akan datang pada atau diantara 10 malam terakhir. Pahala kebaikannya berganda seperti 1000 bulan, iaitu melebihi 83 tahun. Alhamdulillah melihat wajah anak bongsuku yang terkini dihantarnya kemarin melalui WhatsApp sebelum ke solat tarawikh membuatku merasa lega. Mudah-mudahan dengan tarbiah yang diterimanya di "pondok itu" sedikit-sebanyak dapat membentuk peribadinya ke arah yang lebih baik. Beliau sekarang sudah senior dan ditugaskan menjaga adik-adik juniornya. Aku berharap dengan tanggung-jawab yang diberikan kepadanya dapat membentuk kematangan dalam dirinya. Itulah harapan kami agar suatu hari in shaa Allah, anak-anak kami dapat berdikari 100% dan pada ketika itu jika kami dijemput Allah SWT, kami dan anak-anak kami akan lebih redha dan bersedia. Itulah hakikat kehidupan, akan ada yang meninggal dan akan ada yang ditinggalkan. Hidup akan diteruskan selagi berpeluang. Maka saat inilah di bulan Ramadhan yang sungguh barakah ini kita banyakan ibadah agar mudah-mudahan akan menambah amalan kebaikan kita. In shaa Allah.