Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, May 28, 2009

Akan aku dodoikan hati ini.

Lihat dua bilah keris kesayangan ku. Nyaris akau jual bukan kerana tidak minat tetapi untuk jadikan bekalan penyelamat.

Malam kepanasan, mengapa? Entahlah, kata orang hari nak hujan nanti. Aku masih di hadapan laptop cuba mencari kekunci yang samar-samar kelihatan. Jarum pendek jam dindingku telah melepas angka dua. Ini batas kemampuanku. Jika aku teruskan juga maka tentu akan kedapatan ejaan-ejaan baru yang terbit daripada penulisanku nanti dan belum ada di dalam Kamus Dewan. Ejaan 'sahabat' akan jadi 'sabahat' silap-silap mungkin jadi 'sarabat'. " Oh ya siapa dapat bezakan diantara ais manis dengan ais serbat?" Bahagian ini sahabat aku Hj Atan memang pantai.

Eh ! Apa yang aku melalut nie. Sebenarnya malam ini aku mahu mencuba mencari mengapa kebelakangan ini hati ku merasa terlalu sensitif. Tidak boleh salah sedikit pasti aku akan terasa. "Menjadi pemimpin kenalah berjiwa besar". Itu satu saranan dan nasihat yang aku terima daripada kenalan rapat yang bertahun-tahun berkecimpong di dalam parti politik negara.

Memang aku ini jarang akan mengalah di dalam perkara-perkara yang aku fikir betul. Tidak kira naqib ke bukan naqib, jika aku merasakan aku betul tentu aku akan bersuara. Bersuara bukan membangkang tetapi memperbetulkan. Teringat aku ketika zaman kanak-kanak, kadang-kadang aku dimarahi dan pukul kerana selalu menjawab. Itu memang pantang abah aku bila siapa menjawab. Semoga Allah SWT tempatkan beliau di kalangan orang yang diampuni dosa.
Jika aku memiliki keris yang sebegini tentu lain halnya.

Kadang-kadang rasa bosan jika selalu sangat berdebat tetapi kadang-kadang jika tiada orang untuk berdebat rasa sunyi pula.Jadi bertengkar ini juga merupakan suatu nikmat. Tetapi bertengkar di atas dasar rasa kasih-sayang bukan membenci. Mana boleh kita ini sebagai pemimpin tentu sahaja harus selalu berinteraksi dengan orang lain. Tetapi kita juga insan biasa yang mempunyai masalah yang tersendiri.Tetapi kadang-kadang kala sahabat tidak perasan atau buat tidak perasan.

Kaji punya kaji, renung punya renung rupa-rupanya aku ini amat risau memikir anak ketiga aku yang akan masuk Politeknik di Pasir Gudang Johor. Aduuh jauhnya. Dahulu ketidak kakaknya ke Ipoh kami (aku dan isteri) telah bergolok bergadai. Ini ke Johor golok dah habis digadai yang tinggal pisau-pisau kecil untuk memotong sayur sahaja. Namun semangat aku tinggi selagi Allah izinkan aku akan berusaha agar anak aku yang ketiga ini tidak akan dapat mendaftar dan belajar dengan sempurna insyaAllah.

Pernah aku terfikir ingin saja ku jual dua bilah keris kesayanganku yang terlekat di dinding ruang tamu ku itu. Itu bukan keris perhiasan tetapi keris hidup (boleh di bawa bertempur) tetapi Along anak sulongku melarangnya. Orang silat tentu perlu ada keris pakaian kelengkapannya.
Ya Allah murahkanlah rezeki ku dan permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Mungkin kereta unser aku akan bertukar milik ?

Friday, May 22, 2009

Bela Diri Untuk Wanita

Bela diri untuk wanita perlu atau tidak itu bergantung kepada jaminan keselamatan yang mampu disediakan. Adakah kita akan selamat jika keseorangan da dalam suasana yang terasing?

Mari kita fikirkan apa akan berlaku apabila seorang remaja lelaki menemui seorang remaja perempuan? Jawaban ringkas secara umum dari sudut tabiat manusia yang normal dan sihat nalurinya ialah sudah tentu mereka ingin berkawan. Seterusnya mungkin ke tahap yang lebih rapat iaitu berkasih dan lebih mesra lagi, akhirnya berkongsi hidup dengan mengambil jalan baik iaitu berkahwin. Di dalam perkara ini seseorang wanita itu perlu berhati-hati dengan pasangannya kerana tiada jaminan sepenuhnya beliau selamat dari kemungkinan-kemungkinan yang akan diinayakan atau diambil kesempatan oleh pasangannya sendiri.

Ummu Hidayah bersama rakan-rakannya membuat persembahan silat di sbuah hotel terkemuka di Ipoh, Perak.

Bagaimana pula dalam situasi lain iaitu keadaan bahaya dan melampau? Sudah tentu pula seorang wanita itu akan dicederakan mungkin seterusnya dirogol dan tidak mustahil dibunuh. Melihat hakikat keadaan sekarang tiada siapa yang selamat. Di mana-mana sahaja kita dengar kes-kes ragut dan samun sedang berleluasa. Kebanyakannya melibatkan kaum wanita. Jangan sekali-kali terdedah atau cuba terlibat dalam situasi bahaya ini cuba hindari sejak dari mula. Berkawan dan berkasih ada batas pergaulan dan waktunya.

Perkara yang perlu diingati ialah pencegahan lebih baik dari berubat. Maka dengan itu jangan sekali-kali berpakaian yang menjolok mata yang akan mengundang keghairahan. Elakan berjalan bersendiri dan pergi ke tempat sunyi dan terasing. Cuba carikan dan dapatkan alat-alat yang akan membantu seperti alat semburan (minyak wangi) dan alat penggera (mini alarm unit) yang mudah dibawa ke mana-mana. Jika rajin telitikanlah, ada berbagai alat-alat pencegahan dan keselamatan di pasaran umum.

Paling akhir sekali, pelajarilah seni mempertahankan diri dengan bersungguh-sungguh. Tiada ruginya kerana disamping mempelajari seni mempertahankan diri kita juga dengan tidak lansung dapat beriadah bersenam untuk sihatkan badan dan seterusnya berkawan dengan ramai orang yang sealiran. Paling tidak belajarlah tiga teknik menyelamatkan diri dalam posisi kebiasaan orang penyerang. Pertama penyerang yang memeluk dari belakang. Keduanya penyerang memeluk dari posisi hadapan dan ketiganya penyerang menindih dari atas. Apa harus dibuat dalam situasi akhir yang paling mencemaskan? Ini dapat dipelajari di dalam kelas-kelas khas seni bela diri. Bertanyalah kepada yang mahu berkongi ilmu dan kemahiran.

Pelajarilah daripada mereka yang arif dan pakar tentang teknik-teknik ini dan tentukan kita benar-benar mahir menggunakannya. Hadirilah bengkel-bengkel beladiri yang berkenaan agar apa yang kita pelajari itu memberi manfaat kepada diri kita sendiri. Wang ringgit tidak seberapa jika dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan atau padah yang sungguh mengerikan yang bakal menimpa. Belajar bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau membuktikan siapa yang kuat. Tetapi ianya untuk berkongi sedikit ilmu, petua dan kemahiran yang ada bersama. Gunakannya bila perlu.

Tuhan sahaja yang Maha Pelindung dan Maha Perkasa.

Thursday, May 14, 2009

Sahabat

Adakah anak-anak murid aku akan sentiasa bersamaku. Ini bergantung kepada sikapku. Jika baik alhamdulillah jika tidak ku pohon keampunanMu.

Sahabat ...
Kekalutan mengejar habuan dunia
Sering bermanja terlupa dan alpa
Yang ditimpa ujian kecil malapetaka
Pecah rumah dan beg diragut entah siapa
Ada kehilangan laptop kesayangan jua

Sahabat ...
Kekadang sahabat peka
Kekadang sahabat leka
Peka kerana di depan mata
Leka kerana bukannya kita
Bangkit bangun pinjam kena beli jua

Sahabat ...
Ingin ku cari damai abadi
Tapi rasanya bukannya di sini
Bersama sahabat aku tak sunyi
Sentiasa mahu disantuni menyantuni
Tidak kau sedari aku kurang berisi

Sahabat ...
Melayani untuk disayangi
Semua aktiviti mesti pergi
Kononnya tugas sebagai YDP
Sibuk entah apa-apa lebih dari YB
Adakah itu selari kehendak Ilahi Rabbi

Sahabat ...
Mari kita usaha dan berdoa
Agar hidup ini tidak sia-sia
Tugasan jamaah pikul bersama
Kemewahan hidup tidak ke mana
Semoga diizinkan kita damai di sana

Tuesday, May 12, 2009

Air dicincang tidak akan putus.

Taat kepada pimpinan dalam keadaan suka atau sebaliknya selagi mana ianya bukan perkara maksiat.

Ini satu perumpamaan yang cantik dibuat kiasan. Sifat air itu sungguh istimewa boleh dialirkan dan boleh ditakungkan. Merupakan satu keperluan yang banyak manfaatnya. Begitulah andaian kita di dalam organisasi, pertubuhan ataupun berjamaah. Kita jadilah seperti air yang bersedia samada akan dialirkan atau ditakungkan. Dialirkan kita berperanan di dalam pangkuan masyarakat. Ditakungan akan membina kekuatan dalaman yang hebat dan lain pula manfaatnya. Mendidik atau mentarbiah diri agar lebih bertenaga apabila diserap ke dalam masyarakat. Sentiasa mahu ditarbiahkan supaya tetap beristiqamah di dalam perjuangan yang kerdil ini. Keluar berombongan jauh berjalan luas permandangan dan banyak pengalaman.

Kita perlu ingat ada kalanya air ini akn cuba disekat alirannya atau dibuka takungannya oleh mereka yang berniatkan untuk kepentingan sendiri. Namun jika air ini masih berpegang kepada sifat asalnya, ianya pasti akan patuh dengan apa yang telah ditentukan. Kita di dalam organisasi ini memang banyak dugaan samada dalaman mahupun luaran namun dengan kefahaman yang dimiliki kita masih mahu setia dan patuh kepada peraturan yang telah kita sendiri persetujui.

Semaian bibit-bibit ukhuwwah, persaudaraan, silaturahim masih hidup segar di sanubari ini dan hakikatnya tidak dapat disangkal lagi. Cuma ianya perlu sentiasa dipupuk agar kesegarannya berpanjangan. Berlapang dada dan bekerjasama di dalam satu jamaah merupakan satu tuntutan Islam. Mematuhi dan menghormati pimpinan juga tuntutan Islam. Walaupun kita merasakan kita lebih berilmu dan berpengalaman tinggi namun keputusan pimpinan jamaah yang di bawah landasan syura lebih tepat jika dibandingan dengan kepakaran ilmu kita itu.

Seronok jadi kanak-kanak, berkelahi sebentar kemudian berbaik semula. Esok berkelahi lagi dan begitulah seterusnya.


Taatlah kepada jamaah dalam keadaan suka atau sebaliknya itu baiah kita. Hidupkan dan tingkatkan kasih-sayang sesama kita. Kerja kian banyak, waktu kian singkat, tenaga kian berkurangan dan umur kian pendek. Biduk berlalu kiambang bertaut.

Semoga bermanfaat.

Thursday, May 7, 2009

Aku akan merasa puas.

Hari-hari mendatang tentu akan berlalu dengan tanpa disedari. Ia datang dan pergi begitu sahaja. Namun kadang-kala terfikir juga kenapa hari ini aku merasa seronok dan puas hati? Kenapa semalam tidak? Kenapa bosan sungguh kemarin? Kenapa cepat sungguh masa berlalu? Ini patut diteliti agar kita dapat memahami suasana yang menyebabkannya.

Setelah aku dalami baru aku dapati ianya kerana ada beberapa perkara yang berlaku. Aku akan mersaa puas jika pagi itu aku dapat bersolat sunat dhuha. Walaupun dua rakaat tetapi rasa puas dapat mengadu dan memohon dimurahkan rezeki daripada Pemberi Rezeki. Masanya bukan lama cuma beberapa minit sahaja tetapi natijahnya kita merasa tenang hingga sepanjang hari. Kadang-kala aku terfikir sahabat-sahabat lain rajin solat malam masyaAllah maka kenapa tidak ruang yang Allah peruntukkan di waktu dhuha ini aku cuba manfaatkan. Sekurang-kurang aku juga ingin bersama bermunajat kepada Allah.
Menulis di dalam blog sendiri satu kepuasan. Tanyalah mereka yang telah memilikinya.

Aku juga akan puas hati itu jika aku berjaya menghasilkan satu penulisan samada dimuatkan di dalam risalah, e-mail ataupun blog aku. Sebenarnya bukan untuk menujuk-nujuk tetapi memang merasa bertanggung-jawab untuk menyahut galakan dari jamaah boleh menjuarai pandangan umum untuk masyarakat. Tahu tidak tahu ada seorang ‘follower’ di dalam blog aku yang berbangsa Cina. Sudah beberapa kali beliau menyuruh aku menulis di dalam bahasa Inggeris. Beliau juga mempunyai blog peribadi yang berbayar iaitu http://nesohu.com/ layari jika berkesempatan.
Derma darah akan membantu menyambung kehidupan insyaAllah. Bantulah mereka yang perlu bantuan. Mungkin satu hari kita atau keluarga kita yang memerlukannya.

Seterusnya pasti hari itu aku merasa puas apabila dapat membantu orang lain. Tidak kiralah mereka yang meminta untuk sesi kaunseling, bertanyakan sesuatu perkara mahu pandangan. Kira di tempat kerja, aku menjadi orang tua dan sering dipanggil ‘pakcik’ oleh mereka yang hampir sebaya dengan anak-anak aku. Berbagai masalah hinggakan masalah yang benar-benar peribadi. Itu hasil tarbiah aku bersama Unit Kaunseling Islah dan juga Unit Khidmat Nasihat Islah. Dr Danial Zainal Abidin merupakan ‘sifu’ kami. Beliau sekarang penulis buku terhebat dan motivator terkenal di TV9.
Ini 'sifu' aku, Dr Danial Zainal Abidin, janggut hampir kesemuanya putih lambang kematangan yang tinggi.

Sebut pasal anak-anak, aku pasti akan puas jika dapat mengembirakan mereka. Tidak kiralah belanja makan, beli ‘top up handphone’ atau pun beli ‘asam-asam’ apabila pulang dari kerja. Tetapi kekadang akan dimarahi oleh isteri kerana tidak jimat perbelanjaan. Budaya ini memang telah lama aku praktikan sejak aku kecil-kecil dahalu sering aku membeli ‘coklat’ atau sebutan yang sebenarnya ‘gula-‘gula’ untuk adik-adik aku apabila pulang dari sekolah.

Mengedar risalah di pasar malam bersama sahabat dan keluarga satu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat membantu membuat kerja amal.
Mari kita carikan perkara-perkara yang membuat kita seronok dan puas. Ianya boleh memotivasikan diri agar berjaya di dalam kehidupan. Para pembaca yang budiman, aku amat bersyukur dan puas kerana masih diizinkan bergerak aktif untuk jamaah dan dakwah yang didukungi. Risau juga melihat ada rakan-rakan yang turun naik, malah ada yang turun tidak naik-naik. Minta dilindungi kita semua.

Monday, May 4, 2009

Empangan Mengkuang Sedia Menyegarkan Ukhuwwah.

Pada 2 Mei 2009 Empangan Mengkuang milih aku dan isteriku tiada seorang insan di sini. Nak tahu kenapa ? Pagi itu hujan tetapi aku sudah berjanji dengan NISA' akan mengajar kelas silat pagi itu.

Walaupun jauh di perdalaman namun ianya merupakan destinasi tumpuan bagi yang mementingkan kesihatan dan ukhuwwah. Warna tasiknya yang biru memukau mata memandang. Airnya yang tenang tetapi ada ketikanya sedikit beralun dek hembusan bayu lembut menolak air di permukaannya. Begitu juga ada seketika riak-riak kocakan air hasil kemesraan kerana terdapat banyak ikan-ikan kecil dan besar bermain di pergigian tebing.

Itulah suanasa yang mampu diungkapan untuk penulisan ini. Bagi keluarga JIM SPT tempat ini merupakan di antara destinasi yang selalu dirindui pada hujung minggu. Destinasi bertemu sahabat-sahabat sekurang-kurangnya di dalam suasana santai yang mengikat “hubbul ahk” kasihkan sahabat. Di sini mereka dipertemukan pada pagi Ahad yang kebiasaannya orang lain ingin nyanyak tidur kembali sesudah subuh menqadakan lima setengah hari bekerja.
Inilah tempat yang bakal dipenuhi oleh keluarga besar JIM dalam kemesraan berHari Keluarga JIM PP 2009 nanti.

PATT satu konsep ‘Pagi Ahad Tidak Tidur’ yang ingin dikongsi bersama kemanisan bersilaturrahim. Maka dengan rendah diri YDP kami Akh Rusli Hashim menawarkan diri dan daerah SPT sebagai pengarah program dan destinasi Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009. Kami juga kekakang ‘fening kepala’ dengan sikap proaktifnya.

"Hubbul Akh" konsep kasihkan sahabat yang mementingkan kesihatan dan persahabatan di pondok inilah kita akan berteduh bersama insyaAllah.
Keheningan pagi itu kelak akan dimulai dengan senaman arobik ala silat yang akan dipimpin khas oleh seorang guru silat yang tidak asing dikalangan warga JIM. Kemudian bagi yang mahu berjalan santai atau mengadu tenaga bersama sahabat sambil menikmati persekitaran empangan ini dijemput bersama di dalam program ‘walkathon’ yang sudah pasti menjanjikan hadiah-hadiah menarik bagi mereka yang bernasib baik.

Sukaneka dan persembahan khas akan menghiburkan lagi suasana bagi yang merindui kemesraan bersama sahabat-sahabat lama dan baru. Satu hadiah khas untuk satu keluarga yang terpilih yang berjaya membawa seluruh ahli keluarganya bersama di hari tersebut. Kita sangat berterima kasih kerena daerah dan negeri telah dan akan menyumbang RM50 masing-masing. Sedikit yuran penyertaan diperlukan untuk menampong kos-kos yang sepatutnya. Satu keluarga, tidak kira jumlah ahlinya cuma perlu menyumbang RM10 dan kepada individu cuma harus menyumbang RM5 sahaja.

Diharap program ini tidak dipandang sepi kerana ini adalah salah satu tuntutan RJIM2 kita. Semoga Allah permudahkan usaha murni ini.

Hari Keluarga JIM Pulau Pinang 2009 bagi yang memetingkan kesihatan dan persahabatan.