Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Tauladan. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Dia sungguh menggoda dan aku telah terlanjur dengannya.

Nisa' atau wanita menjadi teman sejati untuk lelaki tetapi jika tidak berhati-hati boleh menjadi fitnah membakar diri.

Aku segaja menceritakan kisah benar ini agar ianya dapat menjadi ikhtibar untuk kita semua. Bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi semoga menjadi pengetahuan untuk diamalkan bahawa mencegah lebih baik dari mengubatnya. Jangan mencuba bermain api.

Dia seorang yang baik dan agak wara’ dan sejak mula lagi aku melihat dia sering datang awal dan bersolat di surau. Wataknya bagaikan seorang ustaz dan sering dijadikan rujukan rakan taulan.


Pada mulanya kawan biasa tetapi lama-kelamaanya kami sudah terlanjur.

Tetapi kekadang aku kurang senang dengan sikapnya yang sering suka bertanya tetapi bagi firasat aku, pertanyaannya segaja mahu menguji sejauh mana kemampuan aku menjawab persoalan itu. Namun aku cuba menjawab sebaik mungkin dan kadang-kala aku akan menjawab dengan menyindir dia.

Pada mulanya rata-rata perbualan kami selalu berkisar dengan masalah-masalah setempat dan semasa tetapi sejak akhir-akhir ini dia kerap bertanya mengenai masalah peribadinya. Sebagai orang yang pernah terlibat dengan kaunseling aku mula memahami yang dia mempunyai masalah yang amat besar.

Himpunan muda-mudi apa faedah dan manfaatnya? Jika tidak dianjur dengan cara Islamik, bukankah nanti ianya mengundang perkara-paerkara maksiat . Minta dijauhi Allah.

Dia ada seorang teman wanita yang sungguh rapat dengannya. Walaupun dia sudah beristeri dan mempunyai anak, namun kemungkinan besar dia tidak mendapat apa yang idamkannya. Mungkin sejarah awalnya banyak yang aku tidak ketahui. Teman wanitanya kononnya sungguh mengoda (katanya) dan natijahnya pergaulan dan keakraban mereka telah terlanjur dan melampaui batas.

Aku pada mulanya tidak percaya dan berfikiran mungkin dia hendak melawak atau menguji aku. Namun ini perkara serius dan bukan lagi main-main. Dia mula mengelabah bila ada lelaki lain ujud diantara mereka. Dengan alasan agar lelaki ini tidak tergoda seperti dia, dia bertanyakan kepada aku wajarkah dia memberitahu kisah yang sebenar kepada lelaki itu.

Aku dapat memahami dengan kehadiran lelaki itu dia tercabar atau mungkin cemburu. Sekarang dia bercita-cita ingin berpoligami dan mengambil teman wanitanya tadi sebagai isteri kedua. Sebenarnya aku kurang selesa dengan cadangannya itu. Dalam firasat aku dia akan menambah masalah lagi.

Pernah aku menasihati dia agar jangan bermain api. Sebagai orang dakwah kita tiada masa untuk bercinta dan berkasih sebegini lagi. Aku pernah menegaskan kepadanya cinta sebenar dan yang mutlak hanya untuk Allah, Rasul dan perjuangan ini.

Mana ada masa untuk kita bercinta macam orang muda-muda lagi. 'Tiada reba cari reba.' Tiada beban batu digalas. Kini dia tersepit dan tidak tenang lagi. Fikiran kusut, menggelabah dan sedihnya dia malu dan segan untuk ke surau awal dan tidak seperti dulu. Dia meniti hari-hari yang mendatang dengan tidak tenteram. Walaupun beberapa kali dia ambil cuti untuk mencari ketenteraman hati.

Namun aku akan berdoa untuk dia agar memperolehi kejernihan dan keampunan Illahi. Nasihat aku kepadanya; Taubat Nasuha. Beri tumpuan kepada anak isteri. Kifarahkan kesilapan itu dengan banyakan kerja-kerja amal. Sibukan diri dengan dakwah.

Semoga dia dikurniakan belas-kasihan Allah dan cepat kembali ke jalan kebenaran.

“ Sesungguhnaya solat itu dapat mencegah dari kemungkaran "



Minta dijauhkan Allah daripada diuji sebegini, "Ya Allah terimalah taubat dan solat ku ini".

Friday, February 12, 2010

E-mail Dari Yop.

Yop bergambar dengan keluarga tersayang. Satu gambar yang pasti menyegarkan kenangan silam yang indah.

Yop menulis :
“Semalam mak ada talipon. Tapi Yop cakap sekejap saja walaupun Yop tahu mak nak cakap lama. Mak talipon semasa Yong tengah mengamuk pasal tak puas hati makanan yang Yop beli kat Yong. Jadi bila mak talipon, Yop terpaksa cakap pelan-pelan dan pendekkan perbualan.”

“Fikiran Yop runsing. Yop ada jumpa nurse clinic tanya kenapa badan Yop rasa sakit-sakit seperti dicucuk. Nurse kata Yop over-stress. “

Adik Yop membalas
“Saya berdoa semoga Allah melapangkan dada dan mengangkat ujian yang Yop sedang hadapi. Dari segi ikhtiar fizikalnya, Yop kena bersenam atau bersukan. Dari segi makan dan minum, minum teh “O” boleh mengurangkan stress. Dari segi rohaninya basahkan lidah dengan zikrullah.”

Kawan Yop mencelah
“Ada sahabat pernah menasihati kamu agar jangan putus dari jambatan rahmat berjamaah begitulah lebih kurang kata.”

“Semasa Muzakarah Nasional baru-baru ini Dr Hafidzi aktivis Bantuan Palestin dan seorang pesakit buah pinggang diminta berucap di hadapan khalayak ramai. Katanya rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Semua sangat terharu dan saya sendiri menangis di dalam hati bila mendengar cetusan dari lubuk hatinya. Beliau mencerita penderitaannya dan nasihat kepada semua para haridin.”

“Nasihat beliau yang paling power ialah beliau berkata yang beliau tidak akan tinggal jamaah ini sampai mati dan menyuruh anak-anaknya supaya menghormati dan mengasihi pakcik makcik ini yang banyak membantu walaupun beliau tiada nanti.”

“Apa yang dikatakan oleh adik hang itu memang betul dan aku pun teruja dan patut ikutnya juga. Terima kasih diatas pengkongsian ini.”

Friday, January 9, 2009

RIWAYAT HIDUP AL HASAN AL BASRI

Hasan Al Basri nama penuhnya ialah ; Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-Hasan Yasar al-Basri. dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Ibunya bernama Khairah merupakan seorang bekas hamba kepada isteri Nabi Muhammad saw (Ummu Mukminin) yang bernama Hindun binti Suhail atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah.

Ummu Salamahlah yang memberi nama Al Hasan. Beliau adalah seorang wanita Arab yang cerdik dan sangat berilmu. Ummu Salamah adalah diantara segelintir kecil kaum wanita yang celik huruf dan telah meriwayatkan sehingga 387 buah hadis. Beliau adalah ibu susuan Al Hasan

Ayahnya bernama Yasar merupakan bekas hamba kepada Zaid bin Thabit, seorang penulis wahyu Rasulullah saw. Al Hassan membesar dan dididik dirumah Ummu Salamah dan rapat dengan kesemua Ummu Mukminin (isteri Rasulullah) kerana rumah-rumah mereka berdekatan.

Al Hasan menerima hadis daripada Othman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abu Musa al Ash’ari, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan ramai lagi. Ali bin Abi Talib merupakan idola Al Hasan yang kuat pegangan agama, kesempurnaan ibadah, kezuhudan menjauhi segala kesenangan dunia, kepetahan, kebijaksanaan, kefasihan dan tunjuk ajar yang mampu menyentuh hati manusia. Al Hasan cuba mencontohi segala akhlak, ketaqwaan dan ibadah Ali bin Abi Talib.

Pada umur 14 tahun mengikuti ayahnya berpindah ke Basrah dan menetap di sana. Dengan ini namanya dikaitkan dengan Basrah dan dikenali dengan Al Hasan Al Basri.

Beliau mempelajari tafsir, hadis dan qiraat Abdullah bin Abbas. Beliau juga mendalami ilmu fikah, bahasa dan sastera daripada sahabat lain.

Al Hasan menjadi ilmuan dan seorang fakih yang terkenal dan dipercayai. Beliau dapat melembutkan hati dan mampu membuat air mata masyarakat berlinangan.

Maslamah bin Abdul Malik merupaka jiran Al Hasan di Basrah, memceritakan mengenai Al Hasan; Hasan sama luar dan dalamnya. Ucapannya selari dengan perbuatannya. Apabila mengajak manusia kepada kebaikan beliaulah yang pertama melakukannya. Apabila melarang manusia melakukan kejahatan beliaulah yang pertama yang meninggalkannya. Beliau zuhud, menjauhi daripada mengambil segala yang ada di tangan manusia lain. Manusia amat mengharapkanya dan sentiasa meminta apa yang ada padanya.

Al Hajjaj bin Yusuf Al Thaqafi pemerintah Iraq yang zalim pernah ditegur kezalimannya oleh Al Hasan. Beliau juga melarang Al Hijjaj membina bangunan-bangunan mewah. Al Hijjaj marah dan ingin memenggal kepala Al Hasan. Setelah dihadapkan kepada Al Hijjaj, Al Hasan membaca doa,” Wahai Tuhanku yang memberikan nikmat dan menjadikan tempat aku berlindung ketika menghadapi malapetakaku, jadikanlah kejahatannya itu sejuk dan selamat untukku seperti mana Engkau jadikan api itu sejuk dan selamat unuk Ibrahim.”

Al Hijjaj terasa gementar dan mempersilakan Al Hasan duduk sambil bertanyakan beberapa masalah agama dan dijawab Al Hasan dengan tabah dan di hurainya sehingga mendalam. Al Hijjaj berkata, “Engkau adalah pemimpin ulama” sambil menghadiahkan Al Hasan minyak wangi.

Banyak kisah-kisah yang menceritakan pengalaman Al Hasan Al Basri ketika berhadapan dengan para pembesar dan pemimpin. Beliau semakin dihormati apabila berhadapan dengan mereka. Hasan menjadi guru di Basrah, (Iraq) dan menubuhkan madrasah di sana. Antara pengikutnya yang terkenal adalah Amr ibn Ubayd dan Wasil ibn Ata, pengasas mazhab Muktazilah.

Hasan adalah penyokong kuat nilai tradisional (orthodox) dan cara hidup zuhud. Menurut beliau takut adalah asas kepada moral dan kesedihan adalah ciri agama; kehidupan hanyalah perjalanan untuk ke akhirat, dan kesenangan hendaklah dinafikan untuk menewaskan nafsu. Hasan al-Basri juga dipandang tinggi oleh ahli sufi kerana sikap zuhudnya. Walau bagaimanapun, beliau bukanlah seorang sufi.

Hasan dikenali sebagai seorang yang suci jiwanya menyamai para sahabat. Dalam politik, beliau menentang sistem pewarisan khalifah dalam dinasti Umayyah tetapi percaya kepada pemilihan khalifah.

Al Hasan meninggal dunia pada usianya 80 tahun pada hari Jumaat di awal bulan Rejab pada tahun 110H, 728 Masihi di Basrah, Iraq. Selepas solat Jumaat jenazahnya disembahyangkan dan seluruh penduduk Basrah mengiringi jenazahnya sehingga di masjid Basrah tidak didirikan solah Asar berjemaah. Al Hasan Al Basir telah berjaya mengisi dunia dengan limpahan ilmu, kata nasihat yang menyentuh hati dan mampu menintiskan air mata.