Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, November 28, 2014

Simpan sebentar

Salamun alaik wa barakallahu.
Dari gambar ini tentu ada yang bertanya di mana dan kenapa ianya menjadi pilihan tulisan aku malam ini. Ini adalah gambar yang aku ambil di tempat letak kereta di hadapan kilang Renesas Semiconductor (Malaysia) Sdn Bhd semasa masuk kerja dalam sekitar 7.45 pagi. Sejak sahabat baik aku Abu Hanifah Amri tiada bersama aku ke tempat kerja kerana berhenti awal perkhidmatan aku cuba datang seawal yang mungkin. Lebih tenang aku rasa apabila sampai awal.

Semasa berjalan masuk aku terfikir alangkah baik jika segala masalah aku letakan di sini sahaja mungkin sementara dan aku berlalu masuk dengan tumpuan kepada pekerjaan sahaja. Tentu lebih enak emosi aku nanti. Mari kita amalkan. JOM !

Monday, September 29, 2014

Raya Qurban Tidak Boleh Ziarah

Inilah wajah-wajah ceria kerana dalam perjalanan untuk bertemu Sobri pada Syawal baru-baru ini. Alhamdulillah kini sudah hampir pula ke Hari Raya Qurban pada tanggal 5 Oktober 2014 iaitu pada hari Ahad ini. Pada mulanya aku dan Deqnor anak keduaku rancak merancang to mengatur agar kami dapat bercuti bersama sambil ziarah Muhammad Sobri di Hulu Langat sambil datang bertandang di rumah Deqnor.

Kemarin 28 September 2014 semasa aku memimpin Mukhayam untuk pemuda IKRAM di Sungai Siputeh, Selama Perak aku dikejutkan dengan beberapa panggilan telefon namun tidak kedengaran line di sini lemah sangat. Aku minta dismskan. "tidak boleh melawat Sobri..." Ini diantara isi sms dari Hulu Langat. Malam sebelumnya jam 5.00 pagi itu hujan dan aku terjatuh semasa meronda mengejutkan para peserta dan urusetia luka sedikit lutut dan jari ibu jari kaki kiri. Pada ketika Gen-set kehabisan petrol aku mengarahkan agar segera dituangkan petrolnya segera.

Aku dapat mengagak tentu Sobri ada melangar peraturan. Terus sahaja kepala aku sakit berdenyut-denyut tetapi pada ketika itu tugasku sebagai Mas'ul Kem aku teruskan dalam sesi penutupan. Aku serahkan Vest dan Baray tanpa tugas aku selesai. Perasaan aku sangat sebak mungkin faktor semangat aku yang berkobar-kobar sebagai Mas'ul Kem ataupun mungkin bercampur-baul dengan perasan kesedihan, sayu mengenangkan anak bongsuku Muhammad Sobri yang tidak sudah-sudah belum berubah, mamahami dan melaksanakan amanah kehidupan ini. Air mataku hampir-hampir sangat mengalir.

Aku berazam jika tenaga aku yang tersisa ini masih diperlukan orang untuk program-program outdoor sebegini aku akan terus menyumbang bakti kerana aku yakin dengan janji Allah, "Jika kita tolong agama Allah, Allah akan menolong kita pada ketika yang kita tidak sangka".

Tuesday, September 16, 2014

Perjumpaan Hari Raya Aidul Fitri


Alhamdulillah, gambar ini diambil semasa ziarah kami menemui Muhammad Sobri di Kem Hulu Langat, Selangor pada awal Syawal 1435. Keluarga kami ini agar tidak mudah untuk berkumpul sebegini. Ini kira bernasib baik, subhanallah.

Sebagai seorang yang utama dan bertanggung-jawab menempatkan Sobri di sini terasa sedikit kerisauan kerana kemungkinan ada runggutan atau ketidak kepuasan darinya. Beliau ke sini tanpa rela, namun untuk kebaikan beliau aku pasrah.

Kami disambut baik dengan senyuman segan-silunya dan saling berkucupan pipi. Terasa begitu syahdu sekali berpelukan dengan beliau.

In shaa Allah akan sambung ...

Monday, August 11, 2014

Prestasi Menurun

Alhamdulillah kita masih berada dalam situasi yang baik dan selesa walaupun ada beberapa ramai umat Islam yang sensara akibat peperangan dan penindasan daridapa pihak-pihak tertentu. Kita ini sekurang-kurangnya marilah memikirkan sejenak apa yang boleh atau harus lakukan untuk melayakan diri ini dikekalkan gelaran bersaudara sesama Islam. Pertamanya marilah kita ambil sedikit ruangan masa untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Semada melalui saluran arus perdana seperti TV dan radio. Mungkin juga melalui media sosial atau melalui perbincang yang formal dan tidak formal. Keduanya pula setelah kita telan mendapat maklumat-maklumat ini apa pula tindakan yang akan kita buat? Bersama dengan siri-siri tindakan yang dibuat oleh kerajaan atau NGO. Ataupun kita sendiri yang anjurkan melalui pertubuhan atau persatuan yang sedia ada. Program seperti ceramah, kutipan dana, perhimpunan aman dan paling minima doa-doa ikhlas setiap waktu selepas solat. Ketiga boleh juga kita secara individu atau berkumpulan melaksakan boikot barangan yang terlibat menyokong perjuangan Zionis/Israel ini. Tepuk dada tanya iman.

Thursday, July 31, 2014

ALLAH SELAMATKAN KAMU DEQNOR

Semalam selepas solat Isyak kami sekeluarga pergi makan malam bersama menantu aku Q untuk meraikan kesyukuran semperna hari lahir Deqnor. Alhamdulillah makan sederhana sahaja namun meriah. Aku masih terasa sayu kerana pada kali ini Muhammad Sobri anak bongsu kami tiada bersama keran masih di pondok di Hulu Langat.


Friday, July 25, 2014

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah masih ada beberapa hari kita di bulan Ramadhan ini. Jangan lagi kita persia-siakannya. Entah boleh kita bersua dengannya belum tentu lagi, Jadi mari kita menfaatkan saki-baki yang ada.au di

Solat sunat Tarawikh jangan sekali-kali ditinggalkan tidak kira di masjid, surau atau di rumah keran ianya tiada di bulan-bulan yang lain. lapan atau dua puluh rakaat terpulang. jangan tidak buat sudah.

Zakat Fitrah jangan lupa. aku sendiri belum bayar lagi asyik tangguh sahaja.

Lagi satu mari kita beribadat pada tiap-tiap malam terakhir dengan lebih lagi. Mana tahu dapat kita malam Al Qadr nanti. Fadzilatnya besar dan ganjarannya melebihi 1000 bulan.

Jika mahu lagi mari kita beribadat pada malam raya pula kerana fazdilatnya besar juga.

Kemudian ke Solat Sunat Aidil Fitri dan disunatkan makan dahulu. Pergi mengikut jalan lain dan balik mengikut jalan lain pula. Begitulah caranya. Mereka yang haid pun digalakan hadir dan mendengar khutbah.

Macam ustaz pula aku ini. Tak apa cuma nak berkongsi mudah-mudahan ada faedahnya.

Maaf zahir batin.

Thursday, July 17, 2014

Kegelisahan aku bertambah.

Muhammad Sobri Bin Rusli semasa kecil. Kegelisahan aku bertambah hari ini. Entah kenapa? Sesekali aku cuba menyelami fenomina ini, namun aku sendiri tidak mengetahui dan tidak mampu merungkaikannya apatah lagi menyelesaikannya. Maka aku cuba menulis mengikut jari-jemari ini yang di koodinasikan oleh fikiranku ini. Aku cuba meyakinkan diri ini apabila kita menulis, sedikit sebanyak dapat melegakan sesuatu tekanan itu. Sekurang-kurangnya boleh diluahkan agar tidak tersumbat aliran nadi pemikiran di minda ini. Mungkin juga ada yang sudi membaca boleh memberi pendapat dan menolong merungkaikan masalah kegelisahan aku ini. 

Kegelisahan aku bertambah hari demi hari. Mungkinkah keadaan kesihatan aku yang sejak beberapa bulan ini tidak begitu baik. Sering merasa letih, mengantuk dan hanya mahu rehat sahaja bila ada kesempatan. Semenjak aku jatuh pitam pada pagi hari Sabtu 22 Mac 2014 dengan tekanan darah 150/100 dan gula 10.9 mmol/L pada ketika itu lebih kurang jam 7.30 pagi. Dunia menjadi hitam beberapa saat dan kemudiannya segalanya berpusing-pusing. Sejak itulah aku mula belajar mengambil berat bab pemakananku. Tekanan darah aku berubah-rubah antara 150/100, 130/90 dan 114/74 manakala gula pula tidak mahu turun 13.4, 12.4, 11.1. Ini petanda yang amat kurang baik. Rasanya usia aku yang akan masuk ke 53 tahun ini telah membanyangkan aku semakin tua dan tidak bertenaga seperti dulu. 

Kegelisahan aku bertambah juga mungkin terlalu memikirkan anak bongsuku Muhammad Sobri. Aku telah memaksanya memasuki ke suatu pusat pemulihan ala pondok di Ulu Langat, Selangor untuk membentuk kembali keperibadaannya. Jangkamasa yang diberi sekurang-kurangnya dua tahun. Sepatutnya aku tidak merasa resah kerana ini untuk membina kembali aqidah dan keimanannya daripada terus-terusan berpoya-poya tenggelan di alam remajanya. Namun hati ini tidak merasa tenang walaupun ini kali ke lima aku menghantarnya ke tempat yang seperti ini. Pertama ke Kampong Haji Kudong, Kuala Muda hampir dua tahun di situ. Kedua ke Darul Mustafa , Hadramaut Yaman yang hanya boleh bertahan lapan bulan sahaja. Ketiga di Alor Setar dua minggu. Walaupun singkat tetapi kosnya Allahu Akhbar! Keempat di Ayer Kuning, Taiping selama lima bulan. Aku telah brjanji selagi aku masih bernafas selagi itu akan aku pastikan anak-anak aku ini di jalan yang benar. 

Kegelisahan aku tetap bertambah dan kali ini aku merasa terlalu memikirkan kerja-kerja dan tuntutan jamaah IKRAM dan Pusaka Gayong yang aku diamanahkan tetapi mampukah aku perbuat sebaik mungkin. Umur semakin meningkat, tenaga semakin kurang begitu juga perkara-perkara lain yang bersangkut-paut dengan usia yang lanjut. Ini bukan rugutan tetapi ini hakikat yang aku sendiri rasai. Cuba juga mencari alternatif lain dengan memakan suppliment saperti; madu, habatus sauda, minyak zaitun dan lain-lain. Hasilnya aku sendiri tidak pasti. pernah aku terbaca dengan mengucap "Astaghfirrullah ... " hati bisa tenang. Maka aku pun mengamalnya sekurang-kurangnya 100 kali. Kegelisahan aku tetap bertambah dan tiada reda apabila terkenangkan ibu dan adik akau di kampong.

Wednesday, May 14, 2014

Kena Rasuk.

Salamun alaik dan barakallah. Alhamdulillah, agak lama juga aku tidak menyumbang di dalam blog aku ini. Sesungguhnya tiada alasan yang mampu aku beriakan kerana ramai lagi sahabat yang mungkin serupa dengan aku tetapi masih menyumbang lagi. Sekurang-kurangnya penulisan ini menjadi kazanah yang boleh dirujuk kemudian hari. Sengaja aku memilih tajuk "Mencari identiti diri" kerana aku berfikiran ini adalah satu realiti hidup yang dialami oleh remaja yang akan meningkat ke kategori belia. Ianya adalah pengalaman sebenar aku cuma beberapa watak atau nama yang aku tulis telah ditukar sebagai menghormati permintaam daripada sang empunya nama. Aku mula bertemu Ahmad secara kebetulan kerana di tempat kerjaku ini pernah berlaku seorang wanita dirasuk sesuatu dan aku dipanggil untuk membantu. Tiba-tiba bila aku sampai wanita ini matanya terbiliak sungguh dan cuba menyembunyikan diri. Aku menepuk meja di hadapannya sekuat hati ... bersambung.