Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, August 16, 2018

LGBT Dan Silat.

Image result for pesilat wanita bertudung


LGBT,  bermaksud, Lesbian, Gay, Bisexual and Transsexual. Suatu aktiviti, pengamalan dan pegangan hidup berpasangan atau berkumpulan yang secara luar biasa atau luar tabii dan tidak seperti pengamalan kebiasaan dalam agama Islam mahupun budaya di Malaysia.
Apa yang kita ketahui, sebenarnya negara telah ada  peruntukan undang-undang sivil untuk kesalahan persetubuhan luar tabii iaitu Seksyen 366A Kanun Keseksaan. Malah, undang-undang syariah memperuntukkan Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 25, 26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan bagi kesalahan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan telah sedia ada.

Mereka yang mengamalkan aktiviti sebegini terang-terangan bersalahan dengan perundangan dan Agama Islam. Mengapa komuniti  LGBT ini perlu menuntut hak mereka padhal semua rakyat Malaysia dilindungi, malah termasuk yang OKU? Adakah golongan sebegini ditindas atau dizalimi? Padahal di Malaysia ini semua mempunyai hak asasi yang sama dan sentiasa dipelihara berdasarkan acuan adat dan budaya. Perlembagaan negara meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Semua orang tak boleh ditindas di tempat kerja, tidak boleh dianiaya dan tak boleh dizalimi. 
 Image result for pesilat wanita bertudung
Bagi komuniti silat perkara ini tiadalah menjadi masalah sebelum ini. Bagi yang ingin menyertai silat perlu memenuhi beberapa syarat, peraturan atau adat yang tertentu tidak kira lelaki atau perempuan. Malahan kaum yang lembut ingin dan berminat belajar silat agar boleh berubah supaya tidak lembut lagi. Sekurang-kurannya dapatlah mereka membela diri jika diganggu oleh orang lain.

Di dalam dunia persilatan tiada perlu sesiapa pun menuntut hak agar tidak didiskriminasi. Sesiapa pun bleh menyertai dan tiada yang akan lari dari hukuman jika melanggari sesuatu ketetapan, peraturan atau adat persilatan.
 Image result for pesilat wanita bertudung
Kalau ditelitikan ada dua pendekatan yang boleh digunapakai. Pertama, membeli ruang dan peluang golongan ini untuk berubah dan bersama dalam komuniti silat. Kedua menyekat terus agar tidak mempengaruhi atau menular kepada ahli atau murid yang lain. Seperti pepatah, “menghidar lebih bagi dari berubat”. Tetapi adakah masalah ini akan selesa dengan cara menyekati? Mungkinkah suasana akan bertambah teruk?
 

Monday, August 13, 2018

4 DALAM 1

Macam pek minuman pula tajuk "4 dalam 1" ini. Segaja aku tulis begitu untuk terus cuba hendak berkarya kembali dan media yang aku masih punya.


1. Hari Sukan Tadika Amal Rintis (TAR) dan Sekolah Rendah Islam Amal Rintis (SRIAR), aku sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya (ALP) mesti cuba sedaya upaya untuk bersama membantu dan meraikan acara tahunan ini. Hari sukannya pada 12 Ogos 2018 hari Ahad, tetapi aku cuma mampu hadir pada petang sebelumnya. Sekadar hadir meninjau para guru dan pembantu menyediakan garisan-garisan padang dan persiapan yang lain-lain. Bagi aku jika sesibuk mana pun cuba-cuba hadir jika boleh walaupun sehari sebelumnya.

Aku amat memuji usaha guru-guru, penyelaras, penyelia, guru besar dan ALP kedua-dua institusi IKRAM Seberang Perai Tengah dan Bukit Mertajam ini. Melatih, mengurus acara-acara dan persiapan sukan ini sudah barang pasti memerlukan pengurbanan tenaga, masa dan kadang-kala wang ringgit. Syabas semua, semoga diberkati usaha-usaha kalian.

2. Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Negeri. Sebagai perwakilan dan merangkap Timbalan Yang Dipertua Kawasan Bukit Mertajam, aku mewajibkan untuk menghadirkan diri secara aktif. Apatah lagi ini tahun permilihan Jawatan Kuasa Baru. Ini jamaah yang aku bergiat sebagai platform tarbiah, dakwah dan kebajikan. Agar ada sedikit bekalan aku di Akhirat nanti in shaa Allah.

Aku diberi kepercaayaan dilantik pula sebagai Pengerusi Tetap untuk dua tahun kehadapan. Mungkin sebab songkok yang aku pakai itu yang paling tinggi diantara para perwakilan. Macam Speaker Dewan rasanya.

3. Majlis Pembukaan Gelanggang PSSPGM Cawangan Nyior Sebatang di Dewan JKKK Kampong Pertama Permatang Pauh. Alhamdulillah aku dijemput memberi sedikit penerangan mewakili pertubuhan sebagi Penolong Setiausaha Agung PSSPGM. Dalam sesi ini aku cuba memberi maklumat tentang Pusaka Gayong dan beberapa pengalaman peribadi.

Sambutan penduduk amat mengalakan selain remaja, ibubapa dan waris pun turut hadir. Tidak ketinggalan Timbalan Pengerusi JKKK dan Imam Masjid Papan pun bersemangat meraikan gombongan kami. Aku difahamkan YB Dr Afif ADUN Seberang Jaya tidak dapat bersama atas sebab-sebab tertentu.

Aku amat bertuah dapat bertemu dengan Mantan Presiden DSSM Pusat. Kami berkongsi beberapa hal mengenai silat. Paling aku teruja ialah isu LBGT yang beliau bangkitkan. Bagaimana sebagai pertubuhan silat boleh membantu?

Akhir majlis, hadirin diperlihatkan dengan beberapa persembahan pencak silat oleh pesilat-pesilat dari Cawangan Nyior Sebatang.

4. Dinner Bersama Jauzah (isteri). Walaupun "bateri aku tinggal satu bar sahaja" aku gagahkan diri untuk membawa makan malam di sebuah warong ikan bawal di Tok Kandu Permatang Pauh. Telah beberapa kali bila kami lalu dilokasi itu, dia akan bertanya bila kami boleh singgah. Alhamdulillah terlaksa juga untuk sesekian kalinya.

(Maaf tiada gambar takut ada yang terliur pula)