Salam alaik para sahabat sekelian dan barakallah. Maaf banyak-banyak lama tidak mengisi ruangan ini. Berbagai alasan jika hendak diberi tetapi bukan itu tujuan kita ini. Cuma hendak berkongsi keriangan iaitu panggal 22 November 2011 hari Selasa baru-baru ini aku diizinkan Allah SWT mendaftar untuk mengerjakan HAJI. Aku, Kak Ida, adikku Seliha dan Zarinah dijadualkan giliran kami ini pada tahun 2043. Allahu Akbar mampukah aku bertahan sehingga umur 83 tahun itu.Thursday, November 24, 2011
Tahun 2043 Giliran Aku Naik Haji
Salam alaik para sahabat sekelian dan barakallah. Maaf banyak-banyak lama tidak mengisi ruangan ini. Berbagai alasan jika hendak diberi tetapi bukan itu tujuan kita ini. Cuma hendak berkongsi keriangan iaitu panggal 22 November 2011 hari Selasa baru-baru ini aku diizinkan Allah SWT mendaftar untuk mengerjakan HAJI. Aku, Kak Ida, adikku Seliha dan Zarinah dijadualkan giliran kami ini pada tahun 2043. Allahu Akbar mampukah aku bertahan sehingga umur 83 tahun itu.Thursday, November 3, 2011
Lima Puluh Tahun Usiaku
Alhamdulillah hari ini genap usiaku 50 tahun mengikut kelendar masihi. Kemarin cuti buat cukai jalan cuma kena RM12 sahaja untuk setengah tahun dan insuran tidak perlu dihidupkan. Hari ini perbaiki kereta UNSER cuma kena RM30 sahaja, ingatkan beratus-ratus ringgit. Di tempat kerja mereka meraikan Hari Jadiku di dewan khas “istana” tempat jamuan VVIP. Hari Sabtu nanti telah mendapat izin untuk ziarah Sobri setelah lebih 2 bulan tidak bertemunya.
Aku kerap dilantik sebagai Kem Komanden di dalam perkhemahan/mukhayam anjuran JIM dan IKRAM.
Aku masih perlu banyak dan selalu bersyukur kerana punyai keluarga dan sahabat-sahabat yang banyak memberi keceriaan dalam penghidupan ini. Semakin berumur aku ini semakin sensitive emosi dan perasaan ini. Tentu sekali yang kerap menjadi mangsanya ialah isteriku, tempat aku mencurah kasih dan permasalahan juga. Alhamdulillah.
Semoga kalian dan aku sentiasa di dalam Pelukan Rahmah Allah SWT amin.
Tuesday, October 18, 2011
Aku mesti terus menulis.
Aku memohon maaf kerana lama tidak menulis di dalam blog ini. Namun aku ini masih ada semangat untuk berkongsi cerita, pengalaman untuk faedah bersama. Wadah penulisan ini aku jadikan saksi di hadapan Allah SWT agar dapat aku menjawab persoalan kedua-dua malaikat ‘penjaga kubur’, Mungkar dan Nangkir.


Al ‘Alaq ayat 1-5 - Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
Sunday, September 4, 2011
ILMU AMAL DAN AMAL
Ilmu …
Di dalam arena medan perjuangan,.
Penuh onak, renau dan duri.
Duri-duri jalanan yang bisa lagi berpanjangan.
Hanya Almu, kefahaman dan ketabahan hati.
Menjadi pedoman pendiding diri.
Tanpa Ilmu Marusia buta.
Buta dalam pertimbangan dan penilaian.
Pertimbangan yang haq dengan bathil.
Penilaian Islamiah dengan Jahiliah.
Dua ciri yang bertentangan dan berlawanan.
Yang tidak mungkin berkompromi sekata.
Yang tidak akan sehaluan dalam perlayaran.
Yang pasti akan bertembung di medan perjuangan.

Iman …
Lafaznya di lidah.
Tasdiqnya di hati sanubari.
Melaksananya dengan perbuatan.
Suatu perisai yang amat kukuh.
Mempertahankan, membela dan menentang.
Mempertahankan yang haq.
Membela yang lemah
Menentang kefitnahan dan kekufuran.
Agar muka bumi ini bebas dan merdeka.
Merdeka dala marti kata yang sebenarnya.
Tiada Ilah melainkan Allah.
Nabi Muhammad utusan Allah.

Amal …
Suatu yang diredhai.
Niat perlaksanaannya jelas suci murni.
Walaupun sedikit tetap berterusan.
Bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji
Tetapi …
Membentuk memperbaiki diri.
Membina, mentarbiah baitul muslimin.
Membimbing masyarakat, watan, negara dan kesatuannya.
Hinggalah ke puncak alamiah.
Itulah tujuan dan itulah matlamat.
Nahnu duat la khudat
Kami pendakwah bukan penghukum.
Nukilan : A.MOSAINI PG
Friday, August 26, 2011
Ramadhan Yang Hampir berlalu?
Namun Ramadhan akan tetap berlalu tidak kira samada kita sempat atau tidak mengambil manfaat besar yang terkandung di dalamnya. Selepas ini tiada tawaran ganjaran yang sehebat Ramadhan. Tiada palaha wajib untuk ibadah sunat. Tiada lagi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Tiada lagi solat sunat Tarawikh. Tiada lagi pahala sekedah yang besar gandaannya. Cuma yang tinggal diri ini yang amat terlepas segala peluang yang Allah SWT sediakan untuk hambaNya.
Semoga keinsafan sentiasa dirasai untuk memperbaiki diri.
Tahun depan masih ada Ramadhan? Jawapan belum tentu Allah izinkan kerana Ramadhan milikNya. NYAWA kita juga milikNya.
