Tertulis satu ketika dahuluTerbayang keindahan mu
Menungkah pengalaman baru

Terawang tinggi langit biru
Maklumlah pengantin baru
RahmatNya menanti setiap penjuru
Membuka minda dan merawat hati.
Tertulis satu ketika dahulu
Apa nak jadi dengan anak-anak kita ini? Siapa yang akan membetulkan mereka ini? Ibu bapa, masyarakat, NGO atau pihak berwajib?
Anak-anak ini bukan sepanjang masa oleh kita kepek ke sana ke sini. Ada masanya harus dilepas pergi demi kebaikan mereka jua.
Juga sekumtum doa dari orang-orang yang soleh diperlukan itu kemakmuran negara tercinta ini.Air mata ini terasa bagai paip yang kebocuran. Ianya akan mudah tiris sewaktu makan malam dan sewaktu solat berjemaah dengan isterikudi waktu Maghrib dan juga Subuh. Apa ingatkan seorang guru silat itu tidak punya air mata. Namun hakikatnya guru silat itu juga seorang yang punyai perasaan yang halus. Semoga aku akan sibuk dengan tugas-tugas jamaah yang tidak seberapa ini.
Ada yang masih memerlukan kehangatan pelukan kasih dari ibu dan ayah mengapa kita tidak mampu berikannya? Adakah suasana persekitaran atau sememangnya kesilapan ibu dan ayahnya?
Lain pula halnya di Palestina sana. Mereka perlukan lebih dari pelukan ayah ibu. Kehidupan mesti mereka teruskan walaupun tanpa orang-orang tersayang.
Senyumannya tidak manis mungkin terbentuk dari nalurinya yang berbagai emosi. Namun kehidupan ini mesti diharungi dengan semua kekuatan yang bersisa. Sahabat-sahabatlah yang menjadi pemangkin untuk terus dalam landasan ini.
Fahamilah wahai sahabat, disamping aku perlu tapak tanganmu dicantumkan mengangkat doa untuk kita aku juga perlukan lengan-tangan-tangan kalian untuk memeluk ku semasa aku sangat memerlukannya.
Diantara menghadiri majlis usrah mingguan dan menemani isteri atau anak yang sedang demam di rumah, mana yang patut dipilih?