Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, October 14, 2010

Menangani Keutamaan

'Robotic arm' ini mengikut sahaja segala yang telah diprogramkan oleh penciptanya tanpa bantahan. Mengapakah kita ini membantah apa yang Allah suruh ?

Dakwah memang tugas semua dan wajib diberikan tumpuan khusus untuk memakmurkan dunia ini. Dalam kehangatan memikul tanggung-jawab dakwah ini’ persiapan untuk yang di rumah jangan sekali diabaikan. Masih punya anak, masih punya isteri atau suami dan masih punya orang tua yang perlu perhatian dan sentuhan.

Ini belum termasuk dengan jiran tetangga dan sahabat rakan taulan. Ini belum termasuk amanah kerjaya yang diberi upah dan gaji untuk melaksanakan beberapa tugasan harian. Jadi sesungguhnya kerja-kerja ini terlalu banyak dan berpanjangan. Tetapi jangan pula dengan alasan ini, satu apa pun tidak dibuat.

Rancanglah mengikut keutamaan dan suasana yang mendesak dahulu. Asuh diri ini agar boleh membuat jadual harian. Jadual ini tidaklah jumud sehingga tidak boleh diubah suai. Sekurang-kurannya telah tercatit perkara-perkara yang perlu perhatian dan tindakan.

Contohnya diantara menziarahi kematian dengan kelahiran bayi tentu patut dihadiri majlis kematian dahulu dan menangguhkan menziarahi kelahiran seorang bayi. Tetapi bagaimana pula jika ditambah satu lagi, undangan ke majlis perkahwinan. Di antara 3 ini mana yang perlu didahulukan? Begitulah seterusnya, bijak memilih dan bijaklah membuat keputusan agar dapat diatur urus dengan sebaik mungkin. Kekadang ingin pergi ke tiga-tiga majlis tadi, tetapi ianya juga tidak mustahil dilaksanakan.

Diantara menghadiri majlis usrah mingguan dan menemani isteri atau anak yang sedang demam di rumah, mana yang patut dipilih?

2 comments:

hentian said...

diri sendiri yang tahu mana keutamaan yang perlu diutama.

dan berfikir dengan hati kecil itu sebagai neraca...

Unknown said...

begitu juga keadaan semasa kita berada di situ.

Diri kecil ini juga sedang dalam proses mengembalikan rasa KEUTAMAAN yg lebih haq~