Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Tuesday, June 21, 2011

Sakit Gigi?

Jumaat baru-baru ini, pendrive aku bengkok dilanggar kerusi di meja pejabat aku. Punyalah tension 16G punya memori. Boleh kata maklumat 'satu donia' ada dalam pendrive itu. Dari data kerjaya, data peribadi, silat dan pertubuhan yang aku bergiat aktif. Aduuh.



Tetapi aku cuba bergajak macho dengan menenangkan hati ini agar hari-hari mendatang berjalan seperti biasa. Balik ke rumah aku beritahu Ida akan perkara ini dan meminta beliau bersedia jika mood aku tiba-tiba berubah. Nyata tangkapan aku melesek. Beberapa insiden aku tidak dapat kawal perasaan. Hari Sabtu gigi aku terasa sakit di bahagian atas sebelah kanan. Pernah beberapa tahun dahulu gigi aku sakit dan apabila pergi ke kelinik doktor kata gigi aku ok mungkin aku tension. Menurut doktor gigi boleh sakit dengan sebab tension.


Jiran sebelah rumah bekalkan pain killer rasa banyak lega. Sebelum itu aku sapu minyak Cap Kapak saja dengan kapas. Tetapi bertambah sakit. Malam Isnin itu aku ada kelas tambahan mengajar silat. Kesian salah seorang dari pelajar yang menggangu anak bauh aku telah aku marahi dia. Tetapi bila habis latihan aku rasa mengesal kenapa aku bertindak melampu sebegitu. Patutnya aku bertindak bijak dengan menegurnya dengan baik.


Itulah kita yang ada kalanya lupa dan bertindak kurang bijak. Semoga kita sentiasa beringat-ingat sesama kita. Alhamdulillah sehingga kini aku tidak sakit gigi lagi. Memang betul hari itu aku cukup tension. Baru ingat nak jaga gigi takut dia betul-betul sakit jenuh nanti.

2 comments:

insan marhaen said...

Pendrive rosak boleh menyebabkan sakit gigi. Boleh juga menyebabkan pertimbangan emosi tak stabil hingga terlampias kepada fizikal orang lain.

Kena belajar ilmu kontrol emosi la lepas ni...

Ariff Budiman said...

Betapa besarnya impak emosi. Bukan impak maksima. Betoi kata Abu. Kita kena belajar cara nak mengawal emosi. Tapi Allah sudah beritahu iaitu dengan banyak berzikir hati akan tenang. itulah caranya.