Beliau pernah meminta kepada emaknya agar boleh balik ke Malaysia menjelang Hari Raya ini. Tetapi emaknya hanya mampu memujuk bahawa, “Kos kapal terbang amat mahal. Sabarlah dik”. Sedar tidak sedar sudah lebih RM9,000 aku berlanjakan untuk mengurus segala yang patut untuk Sobri ke Yamen. Terima kasih hanya mampu aku ucapankan kepada sahabat-sahabat dan keluarga yang banyak membantu sejak dari awal lagi. Jika tidak, tentu akan aku jual kereta aku untuk Sobri.
Sekarang aku pula terpaksa merisaukan pula satu lagi tanggung-jawab. Bahawa kakak Sobri, Nurhidayah pula insyaAllah akan bertunang pertengahan April ini dan mungkin kahwin pada penghujung tahun ini. Macamana hendak aku beritahu Sobri di Yamen kelak? Sedangkan dia amat rapat dengan kakaknya ini.
Sahabat budiman kita mungkin ada sedikit sebanyak masalah yang perlu ditangani maka mari kita tidak putus-putus pohonkan doa agar semua terurus dengan baik. Rujuklah kepada yang terdaya agar dapat diringankan masalah dengan berkongi dengan mereka.
2 comments:
satu lagi tangga mendaki gunung kehidupan. bakal jadi mertua adalah satu pengalaman yang mahal.
sabarlah dalam menempuh segalanya. rasionalkan fikiran dan selalu menganggap diri kita ini pendamai pada semua keadaan.
anak-anak kita sebenarnya baru belajar bertatih dalam hidup. mereka belum kenal erti susahpayah dan bahaya.
Macam itu le IM. Kekadang teringatan jaman masuk jawi dulu takuuut....
Post a Comment