Balik dari Seri Perdana, Putra Jaya pagi Sabtu 7 September 2013 itu aku masih tidur kerana sudah dua malam tidak menentu waktu tidurku. Perjalanan ini atas permintaan Pak Andak Majid bahawa beliau telah memilih 10 orang untuk ke Majlis Jamuan Aidil Fitri bersama PM di Seri Perdana. Sempat kami ziarah dua gelanggang di sana. Gelanggang Tok Malim di Gelambut dan Gelanggang Indera Bentara di Inst Perguruan Bahasa. Muhammad Sobri menganggu tidurku beberap kali kerana mahu RM50 untuk ke Queensbay mahu melepak katanya. Esok hari ahad kami bercadang dan bersetuju hendak menghantarnya ke Ipoh masuk ‘pondok’. Jadi dia kata mahu ‘enjoy’ puas-puas. Emaknya melarang dia pergi kerana banyak risikonya. Aku dikejutkan dengan bunyi talipon bimbitku jam 3.15 petang dan nombernya tidak aku ketehui. “Ini mungkin polis”. Bisikku di dalam hati. “Anak encik, Sobri jatuh motor di Kg Permatang Nibong dan sekarang dok tunggu ambulan. En teruslah ke Hospital Seberang Jaya”. Aku terus bangun dan bersiap ke Hospital Seberang Jaya. Kak Ida pun turut sama. Kami melalui Kg Permatang Nibong untuk meninjau apa-apa yang patut tetapi tidak tahu lokasi yang sebenarnya. Untuk seterusnya mungkin gambar-gambar ini dapt bercerita.
Qori Pandeglang
-
Bila Anda mencari *qori pandeglang* anda datang ketempat yang tepat. kami
mempunyai 18 gambar tentang qori pandeglang termasuk gambar, photo,
wallpaper,...
5 years ago
4 comments:
Get well soon.
Innalillah...muga Sobri segera sembuh
Semoga Allah permudahkan segala-galanya buat cikgu sekeluarga. Kadang2 dalam mendidik anak2 banyak dugaan, suka duka, tawa riang akan kita tempuhi.Itulah resam kehidupan. Semoga cikgu sekeluarga terus tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang
Sabar dan muraqabbah banyak-banyak...
Post a Comment