Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Thursday, July 17, 2014

Kegelisahan aku bertambah.

Muhammad Sobri Bin Rusli semasa kecil. Kegelisahan aku bertambah hari ini. Entah kenapa? Sesekali aku cuba menyelami fenomina ini, namun aku sendiri tidak mengetahui dan tidak mampu merungkaikannya apatah lagi menyelesaikannya. Maka aku cuba menulis mengikut jari-jemari ini yang di koodinasikan oleh fikiranku ini. Aku cuba meyakinkan diri ini apabila kita menulis, sedikit sebanyak dapat melegakan sesuatu tekanan itu. Sekurang-kurangnya boleh diluahkan agar tidak tersumbat aliran nadi pemikiran di minda ini. Mungkin juga ada yang sudi membaca boleh memberi pendapat dan menolong merungkaikan masalah kegelisahan aku ini. 

Kegelisahan aku bertambah hari demi hari. Mungkinkah keadaan kesihatan aku yang sejak beberapa bulan ini tidak begitu baik. Sering merasa letih, mengantuk dan hanya mahu rehat sahaja bila ada kesempatan. Semenjak aku jatuh pitam pada pagi hari Sabtu 22 Mac 2014 dengan tekanan darah 150/100 dan gula 10.9 mmol/L pada ketika itu lebih kurang jam 7.30 pagi. Dunia menjadi hitam beberapa saat dan kemudiannya segalanya berpusing-pusing. Sejak itulah aku mula belajar mengambil berat bab pemakananku. Tekanan darah aku berubah-rubah antara 150/100, 130/90 dan 114/74 manakala gula pula tidak mahu turun 13.4, 12.4, 11.1. Ini petanda yang amat kurang baik. Rasanya usia aku yang akan masuk ke 53 tahun ini telah membanyangkan aku semakin tua dan tidak bertenaga seperti dulu. 

Kegelisahan aku bertambah juga mungkin terlalu memikirkan anak bongsuku Muhammad Sobri. Aku telah memaksanya memasuki ke suatu pusat pemulihan ala pondok di Ulu Langat, Selangor untuk membentuk kembali keperibadaannya. Jangkamasa yang diberi sekurang-kurangnya dua tahun. Sepatutnya aku tidak merasa resah kerana ini untuk membina kembali aqidah dan keimanannya daripada terus-terusan berpoya-poya tenggelan di alam remajanya. Namun hati ini tidak merasa tenang walaupun ini kali ke lima aku menghantarnya ke tempat yang seperti ini. Pertama ke Kampong Haji Kudong, Kuala Muda hampir dua tahun di situ. Kedua ke Darul Mustafa , Hadramaut Yaman yang hanya boleh bertahan lapan bulan sahaja. Ketiga di Alor Setar dua minggu. Walaupun singkat tetapi kosnya Allahu Akhbar! Keempat di Ayer Kuning, Taiping selama lima bulan. Aku telah brjanji selagi aku masih bernafas selagi itu akan aku pastikan anak-anak aku ini di jalan yang benar. 

Kegelisahan aku tetap bertambah dan kali ini aku merasa terlalu memikirkan kerja-kerja dan tuntutan jamaah IKRAM dan Pusaka Gayong yang aku diamanahkan tetapi mampukah aku perbuat sebaik mungkin. Umur semakin meningkat, tenaga semakin kurang begitu juga perkara-perkara lain yang bersangkut-paut dengan usia yang lanjut. Ini bukan rugutan tetapi ini hakikat yang aku sendiri rasai. Cuba juga mencari alternatif lain dengan memakan suppliment saperti; madu, habatus sauda, minyak zaitun dan lain-lain. Hasilnya aku sendiri tidak pasti. pernah aku terbaca dengan mengucap "Astaghfirrullah ... " hati bisa tenang. Maka aku pun mengamalnya sekurang-kurangnya 100 kali. Kegelisahan aku tetap bertambah dan tiada reda apabila terkenangkan ibu dan adik akau di kampong.

No comments: