Bergegas balik kerja petang Jumaat tanggal 30 Januari 2015 selepas menghantar rakan kerjaku di Masjid Kubang Semang, aku balik ke rumah. Makan, mandi dan solat Maghrib seorang sahaja. Kak Ida pergi 'Usrah', Along kerja dan Syuhadah ke 'Thailand' ada persembahan silat katanya. Nanti jam 8.30 malam aku dijemput dan diarahkan oleh Pengerusi Majlis Gurulatih Pusat untuk mewakili beliau ke mesyuarat agung (AGM) Cawangan Kampung Padang Cina, Kulimi
Aku sangat teruja untuk ke sana kerana ianya merupakan diantara 3 gelanggang Gayong yang paling lama. Sebut Padang Cina teringat Allahyarham Cikgu Yaakub seorang tokoh Gayong yang tidak asing dikalangan orang lama Gayong. Dahulu pernah kami menyemput Allahyarham merasmikan Majlis Penutupan Khemah Ibadah, Latihan Ulangkaji dan Ujian Bengkong di Sekolah Taman Selasih, Kulim satu ketika.
Syabas Cawangan Kampung Padang Cina kerana telah melaksana tanggung-jawab mengadakan AGM ini. Majlis berjalan dengan penuh kemesraan dengan dipengerusikan oleh Pn Roha selaku Setiausaha Cawangan. Dengan gabungan mantap orang lama dan yang baru semoga dapat mengemaskan lagi perjalanan Gayong keseluruhannya.
Bersilat, bersilat juga tetapi tanggung-jawab berpertubuhan harus dilaksana juga. Ini peraturan dan kehendak ROS atau Pendaftar Pertubuhan. Aku terasa amat bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggung-jawabku sebagai Penolong Setiausaha Agung. Semoga kehadiranku dapat membantu mereka sedikit-sebanyak.
Bersilat, bersilat juga tetapi tanggung-jawab berpertubuhan harus dilaksana juga. Ini peraturan dan kehendak ROS atau Pendaftar Pertubuhan. Aku terasa amat bersyukur kerana dapat melaksanakan tanggung-jawabku sebagai Penolong Setiausaha Agung. Semoga kehadiranku dapat membantu mereka sedikit-sebanyak.
Didoakan agar ianya merupakan amal bakti kita di dunia dan mendapat ganjaran baik di akhirat nanti. In shaa Allah.
1 comment:
Muga kamu terus berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat, sahabatku...
Jadikanlah TGNA sebagai ikon perjuangandan dsai sebagai ikon kekentalan semangat walaupun medannya tidak sama
Post a Comment