Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Monday, December 7, 2015




Pagi Ahad kemarin setelah menghantar Ida ke Masjid Seberang Jaya aku ke tempat riadah bersebelahan masjid tersebut. Sempat buat satu pusingan berjalan di lorong yang disediakan. Kemudian aku mencuba beberapa alat senaman yang ada. Rasa sesuatu yang tidak sempurna beriadah sorang-sorang sahaja.

Tiba-tiba sayu hatiku ini apabila memikirkan jika satu masa kelak aku akan ditinggalkan tiada peneman seperti kebiasaan buat selama-lamanya. Siapa yang pergi dahulu tiada dapat kita ketahui namun aku merasa kita ini sesekali perlu juga memikirkannya. Bagus untuk memperingatkan kita perjalanan ini harus diteruskan dan dunia tempat singahan ini cuma sementara sahaja.

Hidup yang sementara inilah yang ramai terlalai akan keindahannya. Kita lupa di akhirat nanti lagi lama untuk kita kecapi iaitu kekal selama-lamanya. Jika hendak diukur bukan ada kayu pengukur atau unit yang boleh diguna-pakai. Jika hendak dikira tiada mesin pengira atau jumlah nombor atau digit yang boleh digunakan.


2 comments:

insan marhaen said...

kekadang bila bersaorangan di satu tempat yang hening dan damai, kita berpeluang merenung ke dalam diri sendiri...

hrusli61 said...

"Pandangilah daku sepuas hatimu pabila menjauh ku tak merindu."
Lirik daripada nyanyian Uji Rashid & Hial Amir.