Sengaja aku lampirkan artikel di bawah ini untuk manfaat kita bersama yang aku kira sudah atau akan hampir mendapat pulangan daripada KWSP ini. Jika hendak duit kita berkat mari kita bayar zakat. Ianya bukan wang denda atau dipaksa. Ianya ialah peluang beribadat yang diberi untuk mematuhi perintah Allah SWT. Bukan banyak sangat cuma 2.5% sahaja dari yang kita dapat itu. Itu sebenarnya pelaburan akhirat kita. Mari kita hayati bersama.
Kategori: Info Zakat
Diterbitkan: 13 Mei 2014
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia
berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat
mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan
mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu dalam
berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar
dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi
Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi
orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini
bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
".....Dan (ingatlah) orang-orang yang
menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka
beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan) azab seksa yang tersangat
pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam
neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta
belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu
simpan untuk dirimu sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan
itu" (At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Tiadalah bagi pemilik emas dan perak
yang tidak menunaikan haknya untuk menunaikan zakat keduanya, melainkan di hari
kiamat ia didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam neraka, maka dibakar
di dalam neraka jahanam, diselar di pipi, kening dan punggungnya. Setiap kali
api itu padam maka dipersiapkan lagi baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50
ribu tahun, sehingga selesai pengadilan semua umat manusia, maka dia melihat
jalannya, adakah ke syurga atau neraka". (Riwayat Muslim).
Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat "Sempurna Milik". Syarat "Sempurna Milik" akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat ataupun bersara
Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat "Sempurna Milik". Syarat "Sempurna Milik" akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat ataupun bersara
Kalkulator pengiraan Zakat KWSP
1 comment:
kalau ratus ribu kena zakat, banyak juga tu, yop...
kalau tak kuat iman, mau teringat-ingat gak lepas bayar tu...
Post a Comment