Salamun alaik wabarakallah.
Alhamdulillah.
Ust Mursyid MRSM Kepala Batas menalipon aku sebentar tadi, menanyakan khabarku semasa musim kawalan pergerakan COVID19 ini. Aku dapat merasa beliau ada sesuatu yang hendak ditanya keran dalam group mereka telah mula berbicara mengenai sesuatu perkara ini. Tepat firasatku, belaiu bertanya mengenai sesuatu kemusykilan mengenai 'Khatam Qulhu'. Beliau mencadangkan aku supaya menulis seberapa perlu tentang perkara ini.
Aku terus mengangkat wudhuk dan solat sunat Dhuha dan berdoa agar aku mampu menulis setuatu yang dapat memberi manfaat untuk semua yang berhajat. Risau juga takut-takut menulis dengan nafsu dan sifat riak. Lebih aku risau jika tulisan ini menyimpang dari Agama Islam. Mohon dijauhi Allah SWT. Moga dapat tegurkan daripada para pembaca lebih arif in shaa Allah.
Makam Almarhum Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Pernah aku tulis suatu ketika dahulu tetapi bila dicari spontan dalam blog ini, tidak berjumpa. Bagi kita yang ingin beramal dengan amalan ini pertamanya perlu memiliki niat yang betul dan murni. Kedua kena tahu dan faham meengenainya. Ketiga tahu tentang amalan dan disiplinnya.
1. Niat betul suci murni.
2. Pemahanan yang jelas
3. Kaedah dan disiplin.
Sebelum kita melintasi niat di hati, kita kena tahu amalan membaca Al Ikhlas atau bahasa ringkasnya 'Qulhu' ini, membacanya mendapat pahala. Tahu akan maksudnya pun mendapat pahala dan malah mendengar orang lain baca juga berpahala. Apatah lagi jika dijadikan amalan dan dihayati in shaa Allah mendapat pahala dan hikmatnya yang jauh lebih besar dari yang kita hajati..
Mungkin kita orang silat hanya tahu amalan ini hanya untuk orang-orang silat sahaja, tetapi ketahuilah sebenarnya amalan ini juga dipraktikan dan diamalkan oleh orang lain. Disamping para pendekar, para ilmuan juga beramal dengannya. Ahli sufi, ahli tariqat dan tok-tok guru pun hebat beramal dengan amalan ini.
Makam Allahyarham Megat Seri Rama, Pahlawan Laksamana Bentan.
Pernah beberapa ketika aku mendengar kuliah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz ternama menekankan fadhilat Qulhu ini. Lebih meyakinkan lagi mereka yang beramal dengannya dibantu Allah SWT dengan perkara-perkara yang tidak disangka-sangka pada ketika memerlukannya.
Kepada yang telah berjaya khatam alhamdulillah, teruskan beramal dengannya. Bagi yang sedang dan belum lagi, bersabar dengan amlan ini kerana ada yang dimudahkan dan ada yang sukar diuji sekadar kemampuan masing-masing. Semoga beristiqamah.
Cukup buat kali ini aku simpulkank amalan ini sangat baik, niat dan matlamatnya baik walaupun jalan kaedahnya berbagai. Semoga bermanfaat.
2 comments:
3ply Disposable Face Mask!!
Face Mask.
We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.
muga ada penerangan yang lebih detail tentang Qulhu. Apapun, sebarang ayat al quran jika dibaca atau mendengarnya memang akan mendapat pahala...
Post a Comment