Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Wednesday, August 26, 2009

Menyusuri Liku-liku KEMUDI 2009 Bhg 3

Macam askar Jepun kalah perang saja. Begitu patuh para peserta KEMUDI mengayakan senaman pagi.

Bahagian 3 – Hari Pertama KEMUDI
Aku ambil cuti pada hari Jumaat 14 Ogos 2009 itu sehari sebelum KEMUDI. Diantara sebab aku ambil cuti ialah kerana untuk persiapan KEMUDI juga. Beberapa perkara perlu disemak, dicari dan diteliti agar pada hari itu tiada yang tercicir atau tertinggal. Kereta perlu diperiksa, barang-barang ‘wargame’ perlu disiapkan, pakaian dan segala ‘mak-nenek’

AJK pada kali ini tidaklah ramai apatah lagi ada pula yang menarik diri disaat-akhir. Jadi kena bedak sorang sikit. Penat juga tapi demi untuk KEMUDI kami rela. Ini yang aku hendak kita pekakan. Jika kita terlantik memegang sesuatu jawatan atau amanah maka jika kita ada masalah janganlah sekadar, “Ana letak jawatan ada masalah penting sangat dan tidak boleh elakan”. Ya, boleh letak jawatan jika terpaksa tetapi kita kena buat sedikit ‘homework’. Beramanahlah dengan mencari pengganti yang sesuai walaupun disaat-saat akhir. Atau bertanya khabarlah untuk menyantuni sahabat-sahabat AJK tersebut pada masa-masa tertentu.
AJK pun tidak ketinggalan bersama peserta melakukan aksi-aksi menarik ini.

Pagi itu aku sudah berjanji dengan Shahidan dan Khairul SPU untuk bertemu di rumah Hj Atan di Taman Baru Seberang Jaya seawal 7.30 pagi. Memang lokasi ini selalu menjadi tempat berkumpul dan meletakan kereta. InsyaAllah selamat. Khairul ‘call’ tak boleh ‘convoy’ bersama dan terpaksa pergi sendiri. Aku faham mungkin beliau ada masalah tersendiri. Destinasi kami ke KJPP (Kompleks JIM PP) untuk bantu Zul memberi taklimat dan pendaftaran IRON. Pakat punya pakat ramai AKJ yang membantu, Hj Fek, Mus dan SUE Pn Ros turut hadir.
Aku sungguh ‘respect’ dan simpati kepada Khairul, walaupun isteri sakit (turun darah) tetapi telah melaksakan tugasannya pagi itu. Membantu di KJPP kemudian menyiapkan bendera untuk ‘flagoff’ dan diserahkan kepada Dr Roslan SPU. Beliau kemudian meminta Shahidan mengambil alih tugas-tugasnya yang lain. Ini satu contoh yang baik dan perlu kita ikut. Beramanah walaupun ada masalah.

Zul nampak cukup bersungguh-sungguh dalam taklimat IRONnya agar IRON mendapat maklumat yang tebaik dan jelas. Satu persatu kereta IRON dilepaskan siap dengan peringatan dan doa. Suatu yang menarik, ada beberapa pemandu yang baru pertama kali belajar bagaimana boleh kita ‘reset counter’ jarak perjalanan. Bagus juga jika tidak, sampai bila pula mereka ini akan mendapat pengetahuan sebegini.
Ibu-ibu, kakak-kakak dan anak-anak khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh YDP Barat Daya Sdr Mohd Tuah. Bertuah mereka yang berkesempatan mendengarnya.

Selepas semua kereta IRON dilepaskan kami singgah di Medan Selera Sg Nibong. Cadang hendak makan roti bakar yang diusahakan oleh isteri Arif Budiman yang baru itu, tetapi pada pagi itu warungnya tutup.

Dalam Tresure Hunt IRON aku dan Dr Roslan ditugaskan di SUMMIT Bukit Mertajam. Lama menunggu banyak pemerhatian yang kami dapat dari gelagat manusia di kompleks membeli-belah ini. Bukan itu sahaja hampir kesemua kedai-kedai kami ‘tawaf’. Tugas IRON peserta ialah mendaftarkan dua ahli baru JIM menggunakan borang 01 siap dengan gambar dan yurannya sekali. Nampak susah tetapi bila digunakan kreativi dan sedikit petunjuk mereka dapat juga melaksanakannya dengan baik. Ada sekurang-kurangnya tiga kaedah untuk mendapat borang JIM 01 ini. Petama di CC, ‘cyber cafĂ©’ kerana di SUMMIT memang ada beberapa CC. Kedua melalui e-mail daripada setiausaha (SU) JIM, tidak kira daerah, negeri atau pusat. Akhirnya minta terus dari SU terdekat. Contohnya SU JIM SPT sdr Abu Hanifah.

Tidak susah rupanya jika hendak mencari ahli baru. Jika di kompleks membeli-belah pun mereka peserta IRON boleh melaksanakannya apatah lagi kita yang telah lama berkawan dan mempunyai pengalaman dan pengaruh di sudut dan tempat kita sendiri.

Fikir-fikirlah.

Monday, August 24, 2009

Menyusuri Liku-liku KEMUDI 2009 Bhg 2

Dr Roslan berbaju kuning, memerhatikan kambing bakar di atas pembakar agar tidak rentong. Manakala para peserta asik menikmat BBQ. Hiingga menghirup mangkok. Inilah ragam dalam KEMUDI 2009.

Bahagian 2 – Persiapan
Setelah AJK JIM Negeri bermesyuarat maka Hj Atan Darus telah dicadangkan oleh TYDP Mustafa Basri sebagai Pengarah KEMUDI 2009. Tiada AJK dan jemputan yang membantah kerana mereka memang kenal dan arif kemampuan calon pengarah ini. Beliau adalah salah seorang ahli RINTIS Outdoor Ventures yang veteran lagi luas pengalaman. Tarikh 19 ~21 Jun 2009 dan tempatnya di Sedim Eco Team Park & Resort telah dipersetujui pada mulanya. Maka beberapa siri mesyuarat diadakan dan terbentuk AJK KEMUDI 2009.

Hj Atan terpaksa menarik diri daripada jawatan Pengarah atas alasan beliau kerap ke Kelantan dan risau tidak mampu memberi fokus pada KEMUDI ini. Mesyuarat bersetuju Penguam Mustafa Basri sebagai pengarah kali ini. Setiausaha Shahidan, Bendahari Hj Taufek, aktiviti Zulkarnain, Rusli dan Hj Atan, Dr Roslan (SPS) hadiah dan cenderahati, Barat Daya Nursery, SPU aulad dan Latifah makanan. Di saat akhir Latifah menarik diri kerana ada tugasan lain maka makanan dipangku oleh Dr Roslan (SPS) dan Rusli dengan gelaran R&R.
Pastinya acara lasak IRON adalah merentas halangan. Letih tetapi menyeronokan. Tak percaya tanya depa.

Mesyuarat demi mesyuarat dijalankan dengan kehadiran yang agak kurang. Roadshow-roadshow dirancangkan agar daerah yang terlibat mendapat maklumat dengan sejelas-jelasnya. Barat Daya dan Timur Laut merupakan daerah yang awal meminta roadshow. Konsep menyantuni AJK telah menjadi budaya JIM Pulau Pinang di mana mereka AJK ini disantuni dan diraikan dengan begitu mesra sekali. Mungkin kerana dengan santunan daerah boleh memperolehi markah tambahan.
Akhawat sedang tekun membuat 'bom air' satu persiapan untuk acara 'wargame' semasa berakit.

Diantara acara yang menarik ialah Treasure Hunt, pencarian harta karun. Zurkarnain Ahmad telah dipilih menguruskannya. Ini adalah diantara persiapan yang paling rumit. Zul kena dahulu membuat tinjauan ke destinasi-destinasi treasure hunt ini beberapa kali. Membuat persiapan yang rapi agar para peserta tidak mengalami kesukaran yang berlebihan.

Beraktiviti bersama sahabat memang seronok tetapi bila berpisah memang sayu. Kontigen Iron JIM SPT sedang bersiap-siap untuk pulang ke JMTI.

Bagi aku, sentiasa merasa bersyukur kerana kerap diberi amanah sebagai AJK dalam program KEMUDI ini. Ingin juga sesekali menjadi peserta, namun aku akur kepada arahan pimpinan yang sudah tentu membuat pilihan yang lebih bijak dan diberkati.

Thursday, August 20, 2009

Menyusuri Liku-liku KEMUDI 2009


Sedim Eco Theme Park & Resort destinasi KEMUDI 2009 memberi suatu ketenangan, suasana semulajadi yang nyaman dan kehangatan 'hubbul akh wal usrah'.

Bahagian 1 - Pengenalan KEMUDI
Salam. Alhamdulillah. Barakallah saudara dan saudari yang dikasihi sekelian. Dengan izin Allah SWT warga JIM – Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Negeri Pulau Pinang telah selamat dan berjaya melaksanakan KEMUDI 2009. KEMUDI adalah singkatan "Kem Membina Keunggulan Diri" yang telah diamalkan oleh JIM Pulau Pinang sejak beberapa tahun dahulu. Ianya pada permulaan adalah merupakan satu platform untuk melatih dan memilih calon-calon Pulau Pinang ke PERKASA, singkatan daripada Perkhemahan Semangat Waja anjuran JIM Pusat. JIM Barat Daya merupakan perintis awal program KEMUDI ini. Seterusnya diserahkan kepada daerah lain dan akhir-akhir ini JIM SPT dengan RINTIS Outdoor Venturesnya bersama dibantu oleh beberapa tokoh lain telah menjadi penganjur dan pengendali kepada program yang berbentuk kekeluargaan, santai, rehat dan rawat ini.

Suapan kasih, sehingga menantu di sebelah pun tak sedar. Berhenti di setesen minyak setelah mengisi minyak petrol, maka perut juga perlu diisi.

Warga dan sahabat JIM yang lama pasti tidak akan melepaskan peluang bersama di dalam salah satu program tarbiah bermuqayam ini. Dengan niat yang murni untuk mencari keredhaan Allah SWT, niat untuk mendidik dan mengasuh diri secara jamaah dan dengan niat untuk bersama keluarga dan sahabat-sahabat, KEMUDI telah menjadi diantara program yang amat digemari. Ini ialah masa untuk bermusafir, berkenderaan, beraktiviti, tidur dan makan bersama. Aktiviti JIM lebih meluas dan tidak tertumpu di dewan-dewan berhawa dingin sahaja.

Walaupun bangalow indah ini diperuntukan kepada urusetia tetapi sekadar meletakan barangan dan merebahkan badan untuk beberapa minit sahaja.

Para peserta telah faham dengan bersusah payah bermuqayam atau berKEMUDI ini akan menjadi latihan praktikal untuk menyiapkan diri dan keluarga menghadapi cabaran yang mendatang dan tidak menentu kelak. Tanggal 15 Ogos 2009 memang menjadi hari yang dinanti-nanti bukan sahaja kepada peserta malah ajk dan urusetia. Setelah menangguh tarikhnya beberapa kali dengan masalah tertentu maka tarikh ini telah dipilih dengan syura. Inilah tarikh yang diputuskan terbaik untuk semua, insyaAllah.

"Testing satu, dua, tiga". Itu bukan mikrofon Syafiq ooi, itu tulang kambing. KEMUDI kali ini kami dihidangkan dengan BBQ dan kambing bakar dua ekor.

Jawatan Kuasa Tarbiah dan Pembangunan Sumber Manusia Negeri telah dipertanggung-jawabkan untuk memantau perjalanan KEMUDI ini. Hj Atan Darus , Zulkarnain Ahmad, Ustaz Rozee Abdul Razak dan Cikgu Rusli adalah nama-nama yang disebut-sebut untuk menjadi pengarahnya. Mereka adalah tenaga kerja penting di dalam KEMUDI memegang tugas induk samada Kem Komanden atau Pengarah. Setelah bermesyuarat beberapa kali maka terlantiklah Penguam Mustafa Basri Timbalan Yang Dipertua JIM Negri Pulau Pinang, sebagai Pengarah KEMUDI 2009 dengan semangat dan bantuan AJK yang lain turut bersama sebagai tulang belakang KEMUDI.

Ibu-ibu dan anak-anak pasti tidak akan melepaskan peluang berKEMUDI kerana aktivitinya insyaAllah ceria dan menyeronokan. Acara PATT perdana. (PATT- Pagi Ahad Tidak Tidur)

Tempat Sedim Eko Team Park telah dipilih atas dasar majoriti AJK telah biasa dan ada pengalaman di sini. Kesesuaiannya meliputi kemudahan asas dan suasana semula jadi yang sangat nyaman dan jauh dari tumpuan awam. Aliran air sungainya yang bersih dan yang tidak terlalu deras dan mengalir dalam bentuk ‘U’ memudahkan panganjur memantau aktiviti air. Tambahan pula hubungan intim dengan pekerja dan majikannya juga menjadi faktor penting.

Wednesday, August 12, 2009

Letih Berjuang ?


Insan ini nampak letih, umur sudah hampir mencecah lima puluhan tetapi masih mahu menjadi YDP daerah. Bagilah kepada yang lebih muda dan bertenaga. Daripada aksi gambar ini nampak macam baru menyembur ubat racun perosak pada tanaman. Baru menyembur atau baru kena sembur?

Musim ini warga JIM seMalaysia akan mengadakan mesyuarat agong tahunan samada MAD/MAWD bagi daerah dan MPN/MPWN bagi negeri. Manakala diperingkat pusat atau nasional PPN/PPWN. Cuma yang perlu kita beri perhatian lebih ialah tahun ini adalah tahun permilihan AJK. Maka gunakanlah segala kewarasan dan kebijaksanaan yang ada untuk memilih pimpinan yang sesuai dan terbaik. Jangan pakai tunjuk-tunjuk sahaja. Sila rujuk kepada pimpinan daerah masing-masing, selalunya kita telah membuat cadangan untuk pimpinan yang bakal dicalunkan. Perkara ini amat penting untuk menyambung kerja-kerja khususnya yang melibatkan RJIM2 itu sendiri.
Tunjuk ajar dari yang berpengalaman amat perlu untuk golongan muda menyambung perjuangan murni ini.
Kita di dalam organisasi JIM bukan sahaja telah mengariskan beberapa panduan pemilihan AJK tetapi telah dijadikan usul untuk memasukan beberapa AJK muda, pelapis yang umur dalam lingkungan tiga puluhan di dalam pemilihan tahun ini. Usul ini dibuat mengambil kira untuk menguatkan lagi saf-saf untuk masa hadapan. Maka cari-carilah anak muda yang tepat dan sesuai.
Hj Taufek Abdul Rahman yang di tengah itu merupakan calun YDP JIM PP sesi hadapan yang dicadangkan oleh Ir Hj Jamaludin dan beberapa pimpinan Negeri dan daerah. Memang dikenali ramai, mudah mesra, berkeupayaan tinggi dan banyak terlibat di dalam isu-isu tempatan.

Perlu diingatkan fenomena ini tidak bererti yang tua atau yang lama ini boleh berehat. Apalah ertinya kita berehat jika sisa tenaga dan umur ini masih diperlukan untuk bersama memacu dakwah dan kebajikan ini. Mari kongsi pengalaman, mari kita bimbing, mari kita beri pandangan, mari kita nasihati mereka yang memerlukan.

Letih memang letih, kita bukan robot seperti ‘transfomer’ tetapi tergamak kita selepas melantik pelapis, kita tinggalkan begitu sahaja tanpa apa-apa panduan dan pertolongan. Masa rehat kita berbeza, ada yang hampir tiap-tiap malam tidur lewat, bukan menonton TV tetapi membuat kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Mereka ini juga di pagi hari harus sampai awal di pejabat. Begitulah rutin hidup mereka. Cuma rehat sementara mereka di dunia ini untuk melaksakan hak badan.

Dari kiri Isahak, Cikgu Rusli dan Asrul. Isahak telah dicadang meneruskan tugas sebagi SUN untuk menlancarkan yang sedia ada. Beliau akhir-akhir ini lebih lantang menegakkan isu Syariah Islam.

Mereka ini inginkan rehat yang sempurna di Alam Sana di Taman Syurga. Semoga Allah SWT kabulkan. Amin. Jangan nanti Allah SWT rehatkan kita pada ketika yang tidak kita sangka-sangka dengan penyakit-penyakit seperti lumpuh, stroke atau yang hilang upaya dengan sebab-sebab tertentu. Masa itu tidak perlu lagi ke sana-sini.

Allahu Akhbar minta dijauhkanNya.

Monday, August 10, 2009

Gotong Royong Di STAIL

Hj Atan, Dr Hadi dan Mohd Harun diantara kenalan rapatku. Kami tidak kira ISMA atau JIM tetap mesra walau di mana.
Pada pagi Sabtu lalu 8 Ogos 2009 aku sempat bersama bergotong-royong membersih, mengemas, mengecat kawasan dan bangunan di Sekolah Tahfiz Al Islah (STAIL) Tok Bedu, Tasik Gelugor, SPU. Rasa seronok dapat bersama dalam majlis ini walaupun agak kelewatan kerana merebus ubi kayu yang dibeli seberat 16 kg. Habis sarapan Perdana katakan.
Anak siapa nie ? Makan pun bergotong-royong. Mungkin mereka telah diasuh berkongsi sebegini.
Gabongan semua pihak merapatkan silaturahim di antara kami; JIM, ISMA, PIBG, IKBM, Guru-guru & staff juga penduduk tempatan. Ini kelebihan Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar yang merupakan Mudir Am sekolah, beliau banyak terlibat mengajar agama di masjid-masjid dan IPT.
Seorang muslimah asyik mengecat tidak sedar gambarnya diambil. Mungkin ibu atau waris pelajar STAIL.

Ustaz Fahmi walaupun deman pada ketika itu tetapi tidak menampakkan sebarang gambaran beliau deman. Beliau bersama membantu dengan yang lain dan bergaul mesra dengan para hadirin dengan ramah sekali. Sekarang saya dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Sekolah Dr Abdul Hadi bahawa Ustaz Famhi dan anak beliau telah diminta di kaurentin sehingga 13 Ogos 2009 ini.

Wakil JIM Mustafa Basri TYDP JIM PP menerima cenderahati daripada Ust Ahmad Fahmi Mudir Am STAIL.

Syabas STAIL diatas penganjuran majlis ini dan difahamkan majlis telah dirasmikan oleh TKM1 Negeri Pulau Pinang YB Dr Mansur. Semoga Ustaz Fahmi dan keluarga lekas sembuh. "Ya Allah sembuhkan keluarga Ust Fahmi khususnya dan semua sahabat-sahabat amnya dari penyakit yang melanda ini. Amiin Ya Rabal Alamin”.