Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Friday, November 20, 2009

Berurusan dengan lelaki.

Berurusan dengan semua keadaan walaupun semasa kenduri-kendara. Adab dan sopan hendak mengikut yang Islam ajar.

Praktikalnya dalam jalan dakwah memerlukan kebijaksanaan. Percampuran lelaki dan perempuan pada dasarnya memang dilarang dalam Islam. Namun kaum Hawa ini tidaklah dijadikan untuk menetap di rumah sahaja. Mereka harus keluar untuk tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah masing-masing. Jika mereka keluar rumah maka tidak dapat dielakan akan berinteraksi dengan kaum Adam. Realitinya sebagai seorang muslimah, mereka faham bagaimana untuk melaksanakan tugasan mereka di luar.
Lelaki dan wanita seiring walaupun menentukan keputusan penting dalam sesuatu mesyuarat atau perjumpan.

Pergaulan, berkomunikasi dan berinteraksi memerlukan kemahiran yang betul. Bukan sahaja berlainan jantina malah sesama jantina juga ada adab dan peraturannya. Adab Barat mungkin lebih bebas, Adat Timur penuh kesompanan tetapi Adab Islam adalah yang terbaik, mendapat rahmat dan menjamin kesejahteraan. Itulah diantara lain Nabi Muhammad saw diutuskan untuk menjadi kesejahteraan dan rahmat untuk seluruh alam.

Berniaga dan jualan kecil-kecilan tidak kira ianya lelaki mahupun wanita. Bekerjasama meringankan beban.

Jika dipandukan dengan baik memang sejahtera hidup ini. Al Quran dan As sunah penuh dengan panduan, cuma kita sahaja yang tidak mahu mengikutinya. Sehingga hendak ke Tanah Suci mengerjakan haji, diajar yang kita memerlukan peneman yang mahram atau ada pertalian keluarga. Semoga kita tidak mengadaikan prinsip. Tegas dan keanjalan memerlukan penilaian yang tepat. Penilaian yang tepat tercetus dari tarbiah yang diperolehi. Bertegas pada perkara yang jelas dan bertolak-ansur dengan bijaksana dalam perkara-perkara perlu.

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan hati itu yang hakiki.
Jika hati itu bersih.

Tuesday, November 3, 2009

Tua Dah Aku Rupanya

Tak dan nak tukar baju yang segak sikit bila Along bawa saja kek, lepas solat Maghrib aku terus bangun dan makan bersama mereka.
Along balik kerja dengan membawa suatu bungkusan yang agak besar. Ini tentu kek. Aku tidak sangka ada juga anakku yang sudi belikan aku kek. Walaupun mereka tahu aku bukan gemar makan kek. Mereka juga tahu aku jenis tidak akan tolak pemberian orang.


Along punya rushing tak sempat nak decorate kek ini. "Kek bogel saja". Tapi yang penting ialah ingatan dan kasih sayang mereka tidak dapat diungkap dengan kata-kata cuma perbuatannya mengambarkannya. Along memang tak banyak cakap.

Hari ini aku kerja 1/2 day bukan sangat kerana hari ini hari jadi aku tetapi aku harus pergi menziarahi bonda sahabat baikku yang baru kembali ke Rahmatullah. Malam tadi aku terima SMS dari Along "Selamat hari lahir abah semoga panjangn umur dan murah rezeki". Kemudian Deq Nor talipon dari Ipoh menyanyi "Selamat Hari Jadi". Kemudain Syuhadah SMS dari Johor, "I lov U". Cuma Sobri yang tidak hantar SMS sebab handphone kehilangan dan belum lagi aku carikan penganti. Biarlah dulu nak jimat sikit.




Sudah 48 tahun umurku. Tak sangka dah tua aku ini. Tengok saja gambat di atas. Ya Allah berkatilah usiaku ini dan tetapkan aku pada jalan mu. Amiin.

Perginya Insan Tersayang

Perginya tiada kembali cuma kita yang akan menyusuli. Teruskan amal bakti, semoga di sana kita bertemu kembali dan pasti dikau sudah mula kami rindui.
"Tan suasana di sini tenang dan nyaman sekali". Tanya aku kepada Hj Atan yang bersama menemani menziarahi Ustaz Ahmad Fahmi di Kampong Chelong, Lubuk Buntar, Serdang Bandar Baru. Bonda ustaz baru kembali ke Rahmatullah jam 8.00 malam tadi 2 November 2009. Belum sempat Hj Atan menjawab aku bersuara lagi, "Ini kerana penghuni di sini orang-orang sangat bertaqwa, melimpah rahmah Allah kepada suasana di sini".
Aku lihat ustaz kadang-kala tersenyum menyantuni sahabat-handai yang tidak putus-putus datang menziarahi Allahyarham. Namun kadang-kala sayu merelakan pemergian bonda tercita. Memang aku nampak jelas di wajah ustaz. Dari satu sudut aku dapat melihat sebahagian wajah Allahyarham dari jendela yang dibuka untuk sahabat-handai menatap wajah Allahyarham pada kali terakhir. Di dalam rumah sudah penuh dengan kaum keluarga. Wajah Allahyarham berseri-seri, insyaAllah ahli Jannah doa aku di dalam hati kerana melahirkan dan mendidik anak-anak yang MasyaAllah.
"Cikgu Rusli kena tunggu tolong angkat mayat". ujar ustaz dengan tiba-tiba. Mungkin beliau melawak atau mungkin beliau berhajat. Pada mulanya aku cuma bercadang hendak ziarah sekejap kerana terpaksa ke tempat kerja sebelum 12.30 tengahari. Itu janji aku dengan boss di tempat kerja.
Dengan penuh pengharapan aku pasrah akan menunaikan hajat ustaz. Aku angkat mayat ke dalam keranda, usung hingga setengah jalan ke masjid. Dengan tanpa disedari aku terus ke tempat kerja. Baju uniform dan sebagainya sememang telah tersedia di dalam kereta. Tidak sempat hendak solatkan dan hantar ke kuburan.
Aku rasa sungguh puas dan bersyukur kerana dapat menlaksanakan tugas sebagai seorang sahabat dan aku amat memahami perasaan ustaz kerana itulah yang aku rasai dan terharu apabila ramai sahabat jauh dan dekat datang ke Tapah ketika abah aku meninggal dahulu.
Al Fatihah buat Bonda Ustaz Ahmad Fahmi.

Tuesday, October 20, 2009

Empangan Mengkuang di pagi yang hening.

Bukanlah mudah nak ajak anak-anak pada awal pagi Ahad sebegini. Mereka lebih suka membuta saja.


Jam sudah 7.00 pagi
Kenapa tidak bangun lagi
Kan kita sudah berjanji
Tiap Ahad ber PATT

Bukan kerana hadir YD
Bukan juga kerana Ustaz Rozee
Beriadah di pagi hari
Untuk kesihatan diri sendiri

Anak-anak liat selalu nak pergi
Mata mengantuk menguasai diri
Malas bertengkar di pagi hari
Hanya berdua umi dan abi

Senanam perut tidak dilupa
Barang juadah kongsi bersama
Rapat hubungan bertegur sapa
Erat ukhuwah sekian lama

Thursday, October 15, 2009

Berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Keceriaan terukir di wajah mereka, anak-anak dan rakan taulan berkongi suka dan duka. Nuun jauh di kanan atas sekali ialah blogger 'insan marhaem'.


Salah satu aktiviti riadah yang mesti kita laksanakan ialah bersama keluarga dan rakan-rakan ialah berkelah pada hari-hari cuti. Pilihlah tempat-tempat yang sesuai agar keharmonian kekeluarga boleh terbina. Insan-insan terdekat dengan kita ini mempunyai hak untuk disantuni dan diberi ruangan masa bermanja dan bergaul rapat.

Reka bentuk ciptaan kreatif 'meja buluh' projek JIM SPT di dalam program Kem Membina Keunggulan Diri di Sungai Trong Taiping 2007.

Berkelah dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dengan meneliti dan memikirkan segala ciptaan Allah yang Maha Hebat dapat mengukuhkan keimanan bertapa kerdilnya kita ini. Tiada nilai diri ini jika dikaji asal usul kita ini. Jadi tentu tidak layak kita menepok dada, sombong dan angkuh dengan sedikit kehebatan diri, ilmu serta harta-benda yang kita miliki.

Berdoalah agar dengan berkelah ini Allah campakan kedamaian dan ketenangan kepada minda, fizikal dan rohani kita. Disamping beribadah secara khusus seperti solat, puasa, zikir, bersedekah dan sebagainya yang yang pasti menjadi sebab-musabab yang akan mengundang pahala dengan ketenangan. Kita mohon Allah SWT menguniakan nikmat dan hikmahnya apabila kita bersama beriadah dengan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan ini.

Tanda mereka sepakat, sehati dan sejiwa pakaian pun serupa. Dahulu digelar "boria" sekarang dipanggil "sedondon dan yang tengah itu ialah Hajjah Eida Khairani Ketua Wanita JIM SPT sesi 2009~2011.

Tidak dapat dinafikan dengan aktiviti sebegini dapat kita bersilaturahim merapatkan kemesraan dan kasih sayang antara kita. Sudah pasti slogan “hubbul akh” atau kasihkan sahabat yang kita amalkan dapat kita praktikan dan tingkatkan lagi di sini. Kemuadian segala kerja-buat atau program-program mendapat sokongan padu dari keluarga dan rakan taulan insyaAllah.