Tuesday, October 20, 2009
Empangan Mengkuang di pagi yang hening.
Jam sudah 7.00 pagi
Kenapa tidak bangun lagi
Kan kita sudah berjanji
Tiap Ahad ber PATT
Bukan kerana hadir YD
Bukan juga kerana Ustaz Rozee
Beriadah di pagi hari
Untuk kesihatan diri sendiri
Anak-anak liat selalu nak pergi
Mata mengantuk menguasai diri
Malas bertengkar di pagi hari
Hanya berdua umi dan abi
Senanam perut tidak dilupa
Barang juadah kongsi bersama
Rapat hubungan bertegur sapa
Erat ukhuwah sekian lama
Thursday, October 15, 2009
Berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Reka bentuk ciptaan kreatif 'meja buluh' projek JIM SPT di dalam program Kem Membina Keunggulan Diri di Sungai Trong Taiping 2007.
Berkelah dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dengan meneliti dan memikirkan segala ciptaan Allah yang Maha Hebat dapat mengukuhkan keimanan bertapa kerdilnya kita ini. Tiada nilai diri ini jika dikaji asal usul kita ini. Jadi tentu tidak layak kita menepok dada, sombong dan angkuh dengan sedikit kehebatan diri, ilmu serta harta-benda yang kita miliki.
Berdoalah agar dengan berkelah ini Allah campakan kedamaian dan ketenangan kepada minda, fizikal dan rohani kita. Disamping beribadah secara khusus seperti solat, puasa, zikir, bersedekah dan sebagainya yang yang pasti menjadi sebab-musabab yang akan mengundang pahala dengan ketenangan. Kita mohon Allah SWT menguniakan nikmat dan hikmahnya apabila kita bersama beriadah dengan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan ini.
Tanda mereka sepakat, sehati dan sejiwa pakaian pun serupa. Dahulu digelar "boria" sekarang dipanggil "sedondon dan yang tengah itu ialah Hajjah Eida Khairani Ketua Wanita JIM SPT sesi 2009~2011.
Tuesday, September 29, 2009
'Jantung Sihat Sepanjang Hayat'
"Li Ahad ni nak buat PATT tak?" Tanya Ahmad Baharuddin, Pengurus Program Pagi Ahad Tidak Tidur (PATT). "Buat", jawabku. Ahmad bertanya lagi, "Nak buat di mana?". "Di Mengkuang Dam lah." jawabku spontan.
Memang aku telah rancang dengan isteriku untuk ke Mengkuang Dam, jika tidak hari Sabtu, hari Ahad ini. Ada dua sebab, pertama terasa rindu hendak ke sana dengan suasana nyaman paginya beriadah dengan Ida. Kedua badan pun rasa tidak berapa sedap mungkin banyak makan seminggu berhari raya. Maka harus segera bersenam, usia telah lanjut maka kesihatan harus terus dijaga.
Aku sisipkan sedikit penerangan yang amat baik bertajuk, 'Jantung Sihat Sepanjang Hayat' dari http://www.kesihatan.biz/Hidup_Sihat.php
Anak-anak tidak ketinggalan bersama kami. Rasa selamat jika mereka sentiasa di depan mata dari ditinggalkan di rumah sahaja.
Habis PATT kami merancang pula nanti mahu ke mana pun hari itu.
Harapanku agar kita bersama akan mendapat manfaat dari PATT ini. Kita tahu ianya untuk diri sendiri bukan kerana kita segan dengan rakan-rakan lain.
Monday, September 21, 2009
Raya Pertama
Saturday, September 19, 2009
Perutusan Aidil Fitri
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Dalam kemeriahan musim raya ini mari kita ambil kesempatan merapatkan silaturahim di antara keluarga dan juga masyarakat setempat. Gunakan ruang waktu semaksima mungkin dengan aktiviti berinteraksi sesama sendiri. Solat berjemaah samada di surau atau di masjid, ziarah sanak keluarga dan sahabat handai.
Pertamanya jangan jupa zakat fitrah kita dan tanggungan kita tunaikan secepat mungkin takut-takut kita terlalai dengan kesibukan dengan persiapan raya. Keduanya ibadah kita di malam raya mari kita budayakan kerana fadhilatnya sangat besar. Seterusnya makan dahulu dan pergi segera melaksanakan solat sunat Aildil Fitri. Pergilah dengan jalan lain dan kembali ke rumah melalui jalan yang lain.
Setiap tindak-tanduk kita jangan lupa dakwah dan kebajikan merupakan tugas dan kerja kita di dalam pencarian redha Allah SWT. Maka dekatilah masyarakat dengan paling bijaksana. Bantulah mereka yang memerlukan. Dahului dengan keluarga terdekat, sahabat-handai dan jiran-jiran. Semaikan sikap “hubbul akh”, kasihkan sahabat.
Akhir sekali marilah kita berhati-hati semasa bermusafir berkenderaan, berhemah semasa memandu dan pastikan di rumah yang kita tinggalkan selamat. Gunakan kesempatan ini dengan lebih menyantuni ibu, bapa dan keluarga tersayang. Layani kehendak mereka semampu mungkin. Teruskan budaya beribadat seperti di bulan Ramadhan, banyak membaca Al Quran dan solat malam. Jangan lupa puasa sunat enam Syawal. Semoga kita memperolehi makam taqwa yang kita idamkan insyaAllah.
Bila kembali ke rumah bersama-samalah kita menyantuni sesama kita pula. Sertailah “Baraan Syawal JIM SPT” pada 4 October 2009 mulai 10.00 pagi di rumah YDP JIM SPT di Taman Guar Perahu dan seterusnya ke rumah AKJ JIM SPT yang lain sehingga petangnya
Jari disusun dan maaf dipinta untuk diri ini dan juga kami sekeluarga. Sebagai ketua sebuah keluarga besar ini tentu banyak kelemahan. Harap diperbaiki dan mendapat teguran mesra daripada semua.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan semoga diberkati. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum.