Kau belum tahu erti kehidupan, keseronokan bukan hakikat hidup sebenar anakku . Kita ini dijadikan Allah untuk beribadat kepadaNya namun diberi kita peluang berkeluarga dan bermasyarakat. Tidaklah disuruh kita tinggal di gua atau di dalam hutan. Gunakan kesempatan ini untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Berbakti kepada keluarga diantaranya ialah dengan mematuhi nasihat dan saranan mereka. Tiada ibubapa yang mahukan anak-anaknya terpinggir dalam kehidupan, terabai dalam keluarga atau terumbang-ambing hanyut dengan arus kehidupan yang mencabar ini. Terimalah saranan mereka walaupun ianya bertentangan dengan naluri kita dan walaupun nampak tidak seronok.Jangan sampai nanti ada yang merasakan terabai lalu sisihkan diri mereka. Malanglah jika ibubapa tiada dapat mengesan masalah rumah-tangga mereka dari awal. Kerja-kerja juga, beraktiviti dengan persatuan dan masyarakat penting. Tetapi anak-anak ini juga sangat penting dan perlukan kasih-sayang dan perhatian khusus. Rakan-rakan lain juga boleh berperanan membantu jika mereka peka. Ambillah sebahagian tugasnya agar beliau boleh bersama keluarganya buat beberapa ketika.
Segala yang berlaku mungkin tidak disegajakan. Lantaran ianya adalah ujikaji kehidupan. Kita cuma mencuba dan hasilnya telah terjadi. Kita perlu terima dan mengambil iktibar di masa hadapan lalu terus mencuba dan ambil iktibar begitulah sterusnya tanpa henti. Mungkin ini mematangkan kita tetapi sayang perkara telah berlaku dan cuma mampu dipahat di memori kehidupan. Mungkin atau jarang sekali selepas itu ianya dapat dikongsi bersama orang lain. Malanglah jika keadaan ini berterusan. Ujikaji, penemuan dan pengalaman belum tentu dapat dikongi ramai. Mengapa ?
Setiap detik kita semakin lemah dan ini sangat tidak dapat dinafikan. Tidak sekuat dahulu dan setiap langkah kaki kita tidak segagah dulu. Namun kita ingin lama bersama anak-isteri dalam sisa-sisa baki umur ini. Keinsafan adalah jalan terbaik tetapi ianya tidak mencukupi. Perubahan dan usaha kepada perubahan itu yang akan menukar keadaan hidup ini dan disamping berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.
Ya Allah peliharakan diriku dan keluargaku ini dari Api NerakaMu ya Allah. Kurniakan petunjukMu dan kekuatan untuk kami sejahtera di dunia dan di akhirat.
5 comments:
sbg ibubapa mesti akan rasa risau tgk anak2.. moga mrk akan terpelihara hendaknya
semasa anak masih kecil, ibarat kita minum madu. Bila anak meningkat remaja ibarat kita makan hati. Bila anak meningkat dewasa seperti kita tidak lalu makan apa-apa kerana ditinggalkan sendirian!
Thanks maiyah & IM. Ini realiti kehidupan.
Didikan awal, suasana kelailing dan sahabat yang dia berkawan diantara pembentuk keperibadiannya.
Tidak lupa usaha kita yang berterusan dan doa kita semua.
Assalamualaikum warahmatullah,
Memang sunyi apabila anak-anak sudah besar dan kian meninggalkan rumah. Apakan daya, hidup mesti diteruskan...
Saya dan suami selalu mencari-cari alasan ke KL bagi bersama-sama anak-anak yang semuanya sudah bekerja belaka. Sudah tentu tidak melepaskan peluang bersama dengan cucu yang sudah 2 orang itu...
Sengaja singgah bertanya khabar....
Semoga saudara serta keluarga sentiasa dirahmati Allah..Amin..
Jzk KaK Umi, semoga sentiasa ceria dan terus memberi tujuk-ajar kepada yang sudi menimba ilmu penulisan.
Post a Comment