Gelas yang aku angkat untuk ku
beri kepada tetamu tiba-tiba terbelah dua. Aku cuma mampu mengangkat sebahagian dari yang di atas sahaja. Mengalirlah
keluar air perisa rut bir membasahi talam pengalas dan sebahagian dari buku
silatku dan beberapa keping gambar-gambar lama aktiviti silatku. Bahagian bawah
gelas yang pecah itu tinggal di atas
talam pengalasnya. Aku menyuruh isteruku Ida mengambilnya dan buangkan airnya.
Sambil melihat diantara satu sama
lain kami kehairanan sebentar. Kebetulan sungguh pada ketika itu aku tengah
rancang bercerita kisah-kisah aneh dan luar biasa yang adalah sedikit-sedikit
aku alami semasa menjalani aktiviti silatku. Mereka tetamuku yang bersama pada hari itu adalah 2 pemuda tingkatan enam yang sedang temubual aku tentang dunia persilatan yang aku ceburi untuk kerja tugas persekolahan mereka.
Ada apa-apa penerangan saintifik
mengenai perkara yang berlaku aku cuba menelilti dan cuba memahami. Mungkin
kebetulan munglin tidak. Aku berpengangan yang pasti ini tentu ada hikmat yang
Allah SWT mahu aku mencari pencerahannya dan yang penting segala amalan yang
shahih dan perlu diteruskan dan dipertingkatkan.
Semoga Allah SWT melindungi kita daripada sebarang gangguan yang tidak elok. Amiin.
1 comment:
Syukur atas apa yang berlaku. Di sebaliknya, biarlah Allah sahaja yang memberitahu...
Post a Comment