Kemarin 25 Februari aku terlihat dalam Whatsapp Keluarga ada
menyebut , “Hari ini hari jadi Nana”. Emosi aku terganggu sungguh seketika.
Mana tidaknya Nana merupakan anak angkat adikku Seliha yang aku sendiri
terlibat mengasuhnya beberapa tahun yang lalu. Dia amat rapat denganku pada hari-hari
dia ditinggalkan di rumah aku semasa adikku bekerja. Saudara sekelian boleh
rujuk di dalam posting-posting aku yang dahulu cerita mengenai Nana ini.
Nana telah diberi amaran oleh bapa angkatnya supaya tidak
bertindak liar dan berperangai baik beberapa kali. Sehingga sekarang dengan
tegar Nana telah dihantar balik kepada ayah kandungnya kembali iaitu di Teluk
Bahang. Insiden ini berlaku tanpa aku ketahui dan mungkin semasa aku ke Sabah
dan ke Kuching tempoh hari semasa Cuti Tahun Baru Cina.
Ini keputusan mereka dan aku terpaksa akur dengan keputusan
ini. Tetapi sebagai seorang yang pernah terlibat mengasuh Nana, jauh di dalam
lubuk hati aku ini, aku amat terkilan. Jika Nana anak kandung mereka adakah dia
akan dibuat sebegini? Jika anak angkat
adikku yang kedua itu, Wafi pula berperangai seperti Nana, adakah meraka,
adikku dan suaminya akan menghantar Wafi juga ke ibu kandungnya pula?
Zaman sekarang cabaran mendidik anak-anak ini amat sukarr
sekali. Pengaruh negatif banyak dan mereka ini mudah terjebak dengannya. Anak
aku Muhammad Sobri sendiri telah empat kali aku usahakan ke pusat-pusat yang
aku kira dapat mengubah cari hidupnya. Ke pondok-pondok dan mahaat-mahaat
tertentu. Dengan penuh harapan agar Sobri dapat manfaat darinya. Bukan untuk
menyekat kebebasannya apatah lagi ini diskriminasi terhadapnya. Namun pernah
beberapa kali Sobri menyalahi aku tidak adil kepadanya.
Sobri tidak tahu, tiada ayah yang mahukan anaknya
terus-teruskan rosak dirobek arus yang meranap kehidupan ini. Saranan aku untuk
kita semua, lebih berhati-hati mendidik anak-anak kita di arus yang tidak
menentu ini.
Aku, Sobri dan Nana.
4 comments:
Assalamulaikum uncle. Bagi saya apa yg uncle buat tu, dah cukup hebat untuk membuktikan yg uncle seorang ayah yg baik. Tak semua ayah dapat memikul tanggungjawab ayah itu sendiri. Melihat anak mata uncle membuatkan saya terasa sayu... Semoga uncle sihat selalu.
Saya pun turut berasa pilu mendengarkannya.
Apapun, saya percaya, yang menanggungnya itu lebih pilu. Tak semudah itu memulangkan semula anak yang telah dipelihara dengan kasih sayang sedari kecil. Kekadang fikir, bukan sangat salah anak.
Apapun, doalah banyak banyak kepada Tuhan. Mungkin ini hanya sebahagiaan dari ujian yang hikmah hanya Allah yang mengetahui.
Bukan mustahil, jika anak itu sudah dewasa dan berakal, dia akan datang kepada kita dan mengucap terima kasih.
Sememangnya mendidik anak pada zaman sekarang ni agak mencabar, semoga terus diberi kekuatan dan panduan daripada-Nya
Tak dapat disangkal, tugas mendidik zaman ini sangat-sangat mencabar.
Post a Comment