Sudah agak lama tidak
kami membuat aktiviti USRAH di rumahku dan alhamdulillah pada malam itu 15 Mac
2016 diizinkan Allah SWT. Hj Atan, naqib atau ketua kami orang yang mula-mula
sampai. Terpinga-pinga dia melihat perubahan di pintu masuk hadapan rumahku dan
begitu juga yang lain-lain sahabatku yang datang terkemudian. Mana tidaknya
ruangan hadapan itu sudah berubah, daripada pintunya melintang telah bertukar
menyerong pula. Itu tandanya lama betul mereka tidak menziarahi aku dan
keluargaku.
Begitu juga ruangan di
dalam rumahku. Tiga bilik sempit aku ubah menjadi 2 bilik lebih luas dan
ditambah dengan satu bilik lagi di ruangan paling hadapan untuk bilik Along.
Ini sebenarnya aku rancang untuk persediaan majlis perkahwinan Nursyuhadah anak
ketigaku. Tanggal 14 Mei 2016 nanti in shaa Allah akan menjadi tarikh
bersejarah buat dia.
Hampir RM12K aku
anggarkan untuk majlis ini secara kasarnya. Alhamdulillah Along juga telak mula
menanya-nanya aku tentang belanjawan untuk sesebuah perkhawinan. Bunyinya lepas
Aidil Fitri ini dia bercadang ingin tertunang. Semoga anak-anakku ini
dikurniakan pasangan dan cahayamata yang soleh dan solehah.
Inilah sahabat-sahabat seusrahku. Ketenangan dapat dirasai apabila kami bersama.
2 comments:
Alhamdulillah... muga semuanya berlansung secara barokah...
Amiin.
Abu, jazakallahu khairan kasira kerana turut membantu.
nanti bila harinya sudah hamper lagi banyak yang perlu dibantu lagi.
Post a Comment