“Hashim Bin Basir dan Umi Salamah Binti Kantan mengikut yang
tercatit di dalam rekod kami”, itu ujar
kerani di kaunter pelanggan Tabung Haji kemarin. Kemudian dia mengulurkan borang khas untuk penukaran penama.
“Encik sila isikan boring ini untuk kemas-kini penama encik”. Ini nama-nama
kedua orang tua aku. Abah aku sudah 16 tahun meninggal dunia dan emak aku sudah
uzur dan berada di kampong.
Emosi aku tersentuh bila nama “Hashim Bin Basir” disebut.
Begitulah abahku seorang anak kampong yang pelajarannya tidak seberapa namun berjaya
memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tugas akhir Allahyarham ialah sebagai anggota
pengirin kepada TYT Gabenor Pulau Pinang dan kedudukan terakhir beliau sebagai
anggota PDRM ialah berpangkat Sargen. Aku bangga dengan mu abah dan aku amat
merindui mu. Al Fatihah untuk mu abah
Cepat masa berlalu dan tahu-tahu sekarang aku sedang membuat perancangan
dan persiapan untuk berhenti kerja awal (pencen) jika berpeluang dan keadaan
mengizinkan. Minggu sudah Direct Boss aku sudah bertanya samada aku ini ingin
bersara awal jika majikan kami menawarkannya. Maka tergesa-gesa aku hubungi WhatsApp
Keluarga, usrahku dan sahabat-sahabat. Punyalah bestnya rata-rata semua memberi isyarat agar aku ambil peluang dan
kesempatan ini. Disamping itu ramai yang memberi nasihat dan panduan agar aku
merancang dengan baik dan terliti.
Mungkin ini akan menjadi era baru dalam penghidupanku. Ada
tiga peluang yang sedang aku fikirkan samada pertamanya menjadi fulltimer kepada institusi IKRAM Tadika
atau sekolah, fulltimer untuk kerja-kerja
pentadbiran Gayong atau aktif berniaga laksa bersama isteriku Ida.
Mungkin juga bergiat aktif di dalam Parti Politik yang aku
sokongi ?
2 comments:
Apa pun perancangan yg penting kalau boleh biarlah yg mampu membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat..
muga segala perancangan akan berjaya...
Post a Comment