Dua hari ini aku bermusafir ke Kuala Kansar bersama isteriku Ida (JK Tugas-tugas Khas), Ustaz Mohd Rozee Abdul Razak (TYPD) , isteri beliau Eida Khairani Elias (KW) dan Nurazuawati Ahmad (AJK Wanita) untuk bersama dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM (PPN). Tempat yang di tuju ialah Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR), Kuala Kansar, Perak. Tarikh yang dipilih 5 & 6 Disember 2009.
Sunday, December 6, 2009
Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM 2009
Dua hari ini aku bermusafir ke Kuala Kansar bersama isteriku Ida (JK Tugas-tugas Khas), Ustaz Mohd Rozee Abdul Razak (TYPD) , isteri beliau Eida Khairani Elias (KW) dan Nurazuawati Ahmad (AJK Wanita) untuk bersama dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM (PPN). Tempat yang di tuju ialah Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR), Kuala Kansar, Perak. Tarikh yang dipilih 5 & 6 Disember 2009.
Monday, November 30, 2009
Terbalik Kuang Pula

Buka e-mail di tempat kerja tengahari tadi, "Li lunch nanti kita makan luar berdua, aku tunggu hang kat guard house 12.45 pm". Tanpa fikir panjang aku terus menjawab, "OK tapi naik kancil hang".
Aku dapat rasakan tentu ada sesuatu yang hendak diluahkan oleh sahabatku ini jadi aku memang bersedia untuk mendengarnya. Dia kini diuji dengan masalah keluarga. Isteri, anak, emak dan adiknya ... juga kewangan. Ini telah menjadi dia terlalu sibuk melayani tekanan demi tekanan. Aku sering berdoa agar Allah SWT menukar segala kepada yang lebih baik buat dia. Agar dia dapat kembali bersamaku dan sahabat lain dalam sedikit sebanyak aktiviti dakwah dan kebajikan kami.
Di sepanjang perjalanan aku mula bertanya hal-hal keluarganya Dia pun mula bercerita sedikit-sedikit. Aku masih tertunggu-tunggu apakah masalah yang utama dia hendak luangkan. Tetapi lama-kelamaan terbalik pula jadinya. Aku yang banyak meluahkan masalah aku kepadanya tanpa aku sedari. Dia pula yang menasihatiku. Terbalik kuang pula. Cukup time kami bergegas kembali ke tempat kerja.

Dia menyuruh aku tulis masalah aku tadi ini agar dapat dikongsi dengan para blogger tapi aku menjawab, "Tentu mereka akan kata aku ini BODOH menghabiskan RM650 untuk anak". Namun aku bersyukur duit aku lesap tetapi anakku selamat. RM500 baru aku keluarkan dari simpanan Tabung Haji untuk keperluan lain dan RM150 akun pinjam duit seseorang.
Aku masih ingat Tok Guru aku Dr Danial Hj Zainal Abidin berpesan, "Diantara dua kemudaratan maka pilihlah yang ringan". Duit boleh cari tetapi keselamatan anak tiada nilainya. Sekali tersilap seumur hidup aku akan menyesal. Aku tidak mahu menyesal seumur hidup untuk berhadapan dengan risiko yang tidak menentu ini.
Saturday, November 21, 2009
Tidak Mesra dibaca.



Friday, November 20, 2009
Berurusan dengan lelaki.
Praktikalnya dalam jalan dakwah memerlukan kebijaksanaan. Percampuran lelaki dan perempuan pada dasarnya memang dilarang dalam Islam. Namun kaum Hawa ini tidaklah dijadikan untuk menetap di rumah sahaja. Mereka harus keluar untuk tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah masing-masing. Jika mereka keluar rumah maka tidak dapat dielakan akan berinteraksi dengan kaum Adam. Realitinya sebagai seorang muslimah, mereka faham bagaimana untuk melaksanakan tugasan mereka di luar.
Pergaulan, berkomunikasi dan berinteraksi memerlukan kemahiran yang betul. Bukan sahaja berlainan jantina malah sesama jantina juga ada adab dan peraturannya. Adab Barat mungkin lebih bebas, Adat Timur penuh kesompanan tetapi Adab Islam adalah yang terbaik, mendapat rahmat dan menjamin kesejahteraan. Itulah diantara lain Nabi Muhammad saw diutuskan untuk menjadi kesejahteraan dan rahmat untuk seluruh alam.
Jika dipandukan dengan baik memang sejahtera hidup ini. Al Quran dan As sunah penuh dengan panduan, cuma kita sahaja yang tidak mahu mengikutinya. Sehingga hendak ke Tanah Suci mengerjakan haji, diajar yang kita memerlukan peneman yang mahram atau ada pertalian keluarga. Semoga kita tidak mengadaikan prinsip. Tegas dan keanjalan memerlukan penilaian yang tepat. Penilaian yang tepat tercetus dari tarbiah yang diperolehi. Bertegas pada perkara yang jelas dan bertolak-ansur dengan bijaksana dalam perkara-perkara perlu.
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan hati itu yang hakiki.
Jika hati itu bersih.
Tuesday, November 3, 2009
Tua Dah Aku Rupanya
Hari ini aku kerja 1/2 day bukan sangat kerana hari ini hari jadi aku tetapi aku harus pergi menziarahi bonda sahabat baikku yang baru kembali ke Rahmatullah. Malam tadi aku terima SMS dari Along "Selamat hari lahir abah semoga panjangn umur dan murah rezeki". Kemudian Deq Nor talipon dari Ipoh menyanyi "Selamat Hari Jadi". Kemudain Syuhadah SMS dari Johor, "I lov U". Cuma Sobri yang tidak hantar SMS sebab handphone kehilangan dan belum lagi aku carikan penganti. Biarlah dulu nak jimat sikit.
Sudah 48 tahun umurku. Tak sangka dah tua aku ini. Tengok saja gambat di atas. Ya Allah berkatilah usiaku ini dan tetapkan aku pada jalan mu. Amiin.
Perginya Insan Tersayang
Tuesday, October 20, 2009
Empangan Mengkuang di pagi yang hening.
Jam sudah 7.00 pagi
Kenapa tidak bangun lagi
Kan kita sudah berjanji
Tiap Ahad ber PATT
Bukan kerana hadir YD
Bukan juga kerana Ustaz Rozee
Beriadah di pagi hari
Untuk kesihatan diri sendiri
Anak-anak liat selalu nak pergi
Mata mengantuk menguasai diri
Malas bertengkar di pagi hari
Hanya berdua umi dan abi
Senanam perut tidak dilupa
Barang juadah kongsi bersama
Rapat hubungan bertegur sapa
Erat ukhuwah sekian lama
Thursday, October 15, 2009
Berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Reka bentuk ciptaan kreatif 'meja buluh' projek JIM SPT di dalam program Kem Membina Keunggulan Diri di Sungai Trong Taiping 2007.
Berkelah dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Dengan meneliti dan memikirkan segala ciptaan Allah yang Maha Hebat dapat mengukuhkan keimanan bertapa kerdilnya kita ini. Tiada nilai diri ini jika dikaji asal usul kita ini. Jadi tentu tidak layak kita menepok dada, sombong dan angkuh dengan sedikit kehebatan diri, ilmu serta harta-benda yang kita miliki.
Berdoalah agar dengan berkelah ini Allah campakan kedamaian dan ketenangan kepada minda, fizikal dan rohani kita. Disamping beribadah secara khusus seperti solat, puasa, zikir, bersedekah dan sebagainya yang yang pasti menjadi sebab-musabab yang akan mengundang pahala dengan ketenangan. Kita mohon Allah SWT menguniakan nikmat dan hikmahnya apabila kita bersama beriadah dengan berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan ini.
Tanda mereka sepakat, sehati dan sejiwa pakaian pun serupa. Dahulu digelar "boria" sekarang dipanggil "sedondon dan yang tengah itu ialah Hajjah Eida Khairani Ketua Wanita JIM SPT sesi 2009~2011.
Tuesday, September 29, 2009
'Jantung Sihat Sepanjang Hayat'
"Li Ahad ni nak buat PATT tak?" Tanya Ahmad Baharuddin, Pengurus Program Pagi Ahad Tidak Tidur (PATT). "Buat", jawabku. Ahmad bertanya lagi, "Nak buat di mana?". "Di Mengkuang Dam lah." jawabku spontan.
Memang aku telah rancang dengan isteriku untuk ke Mengkuang Dam, jika tidak hari Sabtu, hari Ahad ini. Ada dua sebab, pertama terasa rindu hendak ke sana dengan suasana nyaman paginya beriadah dengan Ida. Kedua badan pun rasa tidak berapa sedap mungkin banyak makan seminggu berhari raya. Maka harus segera bersenam, usia telah lanjut maka kesihatan harus terus dijaga.
Aku sisipkan sedikit penerangan yang amat baik bertajuk, 'Jantung Sihat Sepanjang Hayat' dari http://www.kesihatan.biz/Hidup_Sihat.php
Anak-anak tidak ketinggalan bersama kami. Rasa selamat jika mereka sentiasa di depan mata dari ditinggalkan di rumah sahaja.
Habis PATT kami merancang pula nanti mahu ke mana pun hari itu.
Harapanku agar kita bersama akan mendapat manfaat dari PATT ini. Kita tahu ianya untuk diri sendiri bukan kerana kita segan dengan rakan-rakan lain.
Monday, September 21, 2009
Raya Pertama
Saturday, September 19, 2009
Perutusan Aidil Fitri
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin. Dalam kemeriahan musim raya ini mari kita ambil kesempatan merapatkan silaturahim di antara keluarga dan juga masyarakat setempat. Gunakan ruang waktu semaksima mungkin dengan aktiviti berinteraksi sesama sendiri. Solat berjemaah samada di surau atau di masjid, ziarah sanak keluarga dan sahabat handai.
Pertamanya jangan jupa zakat fitrah kita dan tanggungan kita tunaikan secepat mungkin takut-takut kita terlalai dengan kesibukan dengan persiapan raya. Keduanya ibadah kita di malam raya mari kita budayakan kerana fadhilatnya sangat besar. Seterusnya makan dahulu dan pergi segera melaksanakan solat sunat Aildil Fitri. Pergilah dengan jalan lain dan kembali ke rumah melalui jalan yang lain.
Setiap tindak-tanduk kita jangan lupa dakwah dan kebajikan merupakan tugas dan kerja kita di dalam pencarian redha Allah SWT. Maka dekatilah masyarakat dengan paling bijaksana. Bantulah mereka yang memerlukan. Dahului dengan keluarga terdekat, sahabat-handai dan jiran-jiran. Semaikan sikap “hubbul akh”, kasihkan sahabat.
Akhir sekali marilah kita berhati-hati semasa bermusafir berkenderaan, berhemah semasa memandu dan pastikan di rumah yang kita tinggalkan selamat. Gunakan kesempatan ini dengan lebih menyantuni ibu, bapa dan keluarga tersayang. Layani kehendak mereka semampu mungkin. Teruskan budaya beribadat seperti di bulan Ramadhan, banyak membaca Al Quran dan solat malam. Jangan lupa puasa sunat enam Syawal. Semoga kita memperolehi makam taqwa yang kita idamkan insyaAllah.
Bila kembali ke rumah bersama-samalah kita menyantuni sesama kita pula. Sertailah “Baraan Syawal JIM SPT” pada 4 October 2009 mulai 10.00 pagi di rumah YDP JIM SPT di Taman Guar Perahu dan seterusnya ke rumah AKJ JIM SPT yang lain sehingga petangnya
Jari disusun dan maaf dipinta untuk diri ini dan juga kami sekeluarga. Sebagai ketua sebuah keluarga besar ini tentu banyak kelemahan. Harap diperbaiki dan mendapat teguran mesra daripada semua.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dan semoga diberkati. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum.
Friday, September 18, 2009
Kejaran Mencari Taqwa

Puasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang ketiga. Kewajipan ini adalah berdasarkan perintah Allah yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa.” Ayat ini menjelaskan tentang tujuan umat Islam berpuasa. Ia bukannya untuk menguruskan badan, bukan juga untuk mengurangkan paras gula, kolesterol keji serta lemak dalam badan, sebaliknya tujuan utamanya ialah membina ketakwaan kepada Allah. Puasa di bulan Ramadan boleh dianggap sebagai satu ‘karnival kerohanian’ yang mampu membina ‘empayar hati’ yang hebat dipimpin oleh takwa. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia. Apakah maksud takwa? Sahabat Omar al-Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai berkata, ‘Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?’ Jawab Omar, ‘Ya, pernah.’ Ubai bertanya lagi, ‘Apa yang kamu lakukan ketika itu?’ Omar berkata, ‘Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu).’ Berkata Ubai, ‘Itulah takwa.’ Dari jawapan Ubai bin Kaab ini dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut. Dialog ini diriwayatkan Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim.
Monday, September 14, 2009
10 Malam Terakhir.
Walaupun berpuasa ianya tidak menghalang kita berinteraksi satu sama lain. Bekerjalah seperti biasa dan bergaullah seperti biasa. Jangan pada bulan ini kita banyakan rehat tetapi banyakanlah beribadah. Rugi jika terlepas, tahun hadapan belum tentu dapat bersama Ramadhan lagi. Apatah lagi pada sesi 10 malam terakhir Ramadhan Al Mubarak ini. Mari kita tingkatkan amal. Bersama keluarga kita bangun malam berqiamulai.
Thursday, September 10, 2009
Majlis Berbuka Puasa JIM SPT bersama TAR Meriah.
Gotong-royong telah bermula sejak pagi lagi dimana guru-guru telah bersama menyediakan persiapan untuk BBQ, ayam dan ikan bakar. Berbagai juadah tambahan disumbangkan oleh para hadirin. Suasana sungguh meriah dengan masing-masing terlibat membakar ikan dan menyediakan hidangan kueh-mueh ala buffee. Doa sebelum berbuka dibacakan oleh TYDP JIM SPT Ust Hj Mohd Roze B Abdul Razak. Ini adalah diantara waktu doa sungguh mustajab.
Solat Maghrib bejemaah kemudiannya telah diimamkan oleh Ust Mohd Rozee manakala imam solat sunat Tarawikh diimamkan oleh Tuan Hj Atan Darus jawatan baru beliau di dalam JIM SPT sebagai Bendahari. Semoga JIM SPT akan lebih melonjak lagi di masa hadapan.
Suasana majlis berbuka puasa ini amat meriah dan merapatkan lagi silaturahim di antara instutusi tadika dan JIM SPT. Ini sesuai dengan tema Ucap Utama YDP SPT di dalam Mesyuarat Agong Daerah 2009, “RJIM2 Didahulukan Kebersamaan Diutamakan”. Terima kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. Semoga Allah SWT memberkati kita semua. Ramadhan Al Mubarak
Ketua Wanita JIM SPT menyantuni guru-guru TAR.
Saturday, September 5, 2009
Ikut Isteri Shopping di bulan Ramadhan.
Tetapi yang paling kesian ialah kereta aku ini jarang benar berehat, isi minyak jalan, isi minyak jalan. Jika boleh bercakap tentu dia akan menjerit-jerit minta belas kesian. Tidak kira siang atau malam pasti aku pandu maklumlah aku ada cuma satu kereta ini sahaja.
Ramai yang bersolat sunat Tarawikh sehingga 8 rakaat sampai penuh masjid.
Malam ini aku ke masjid di taman solat Isyak dan sunat Tarawikh. Ida dan adik aku Seliha pun ikut sama. Kami cuma solat 8 rakaat sahaja dan ramai jemaah yang solat 8 rakaat Tarawikh. 8 ke 20 rakaat ke janji kita solat jangan tidak buat lansung. Jangan berbalah lagi, ulama telah lama membahas isu ini. Dua-dua ada hujah dan nas masing-masing. Buatlah dengan kefahaman bukan ikit-ikutan sahaja.
Kita perlu ingat solat sunat Tarawikh ini cuma ada di bulan Ramadhan sahaja rugi jika tertinggal entah boleh entah tidak dapat kita ketemu dengan bulan yang penuh berkat ini di tahun hadapan.
Friday, September 4, 2009
Nak Raya Minyak Naik Pula
Esok semasa ke tempat kerja baru terdengar berita radio mengenai minyak naik. Tetapi pelik juga pagi itu harga minyak dunia jatuh pula. Depa jatuh kita naik? Kenapa ya? Mungkin arus di Malaysia ini lambat terkesan.
Minyak naik ke tidak kita tidaka ada pilihan lain kerana sudah biasa naik motosikal atau kereta. Jarang-jarang kita temgok orang ramai naik basikal. Budak sekolah sudah ramai naik motosikal malah orang Pakistan yang jual kapet pun sudah naik motosikal.Waktu Hari Raya nanti kena rancang perjalanan dengan bijak agar budaya saling ziarah menziarahi dapat kita teruskan. Baliklah ke kampong halaman bertemu kedua ibu bapa nanti jika kita sempat tua baru kita faham erti rindu dan kesunyian itu.
Sunday, August 30, 2009
Menyusuri Liku-liku KEMUDI 2009 Bhg Akhir
Bahagian Akhir – Penutup KEMUDI
Selepas semuanya berpeluh aku terus menyumbangkan sedikit-sebanyak pengetahuan silat aku. Dari mula lagi semua peserta diminta membawa bersama kain pelikat atau kain batik. Kami kira ada 10 manfaat yang boleh diambil dari kain ini dan salah satu darinya adalah sebagai senjata. Aku pun tunjukan sedikit cara-cara menggunakan kain ini untuk menangkis serangan musuh. Aku pernah berjanji dengan guruku agar tidak menunjukan pelajaran Gayong kepada yang bukan murid Gayong. Namum aku juga pernah melihat dan bersama guru utama kami mengajar beberapa serangan khas kepada rakan-rakan perguruan lain semasa peristiwa Kampong Rawa dahalu. Maka aku mengambil keputusan ilmu ini perlu dikongsi bukan disimpan tetapi ada cara dan kaedahya.
KEMUDI 2009 menampakan ramai dikalangan remaja puteri. Mereka sungguh bersemangat dan sentiasa memberi kerjasama. Ada yang telah biasa dengan program JIM dan KRJ tetapi ramai juga yang baru.
Tugas seterusnya aku bersama Dr Roslan diberi amanah mengendalikan aktiviti berakit. Satu kumpulan cuma dibenarkan menggunakan lima batang buluh dan lima tiub kereta. Maka berbagai reka bentuk daripada 12 kumpulan rakit kesemuanya. Cuma 4 orang sahaja dibenarkan belayar dalam satu rakit yang lain menjadi ‘lanun’ menyerang rakit-rakit ini dengan ‘bom air’. Tugas mereka disamping belayar ke destinasi tertentu mereka diminta menangkap tiga ekor ikan hidup dan cuma satu kumpulan sahaja yang berjaya melaksanakannya. Penat juga mengurus rakit-rakit dan lanun-lanun ini.
Petang itu hujan lebat dan aktiviti “hubbul akh wal usrah’ dibatalkan dan kami mengambil keputusan membiarkan sahaja peserta berehat kerana melihat mereka terlalu keletihan juga. Apa lagi xtvt ‘meningkatkan pengeluaran air liur basi dan tahi mata’ jawabnya.

Rakit sedang diserang oleh 'lanun-lanun'. Hairan juga kenapa 'lanun-lanun' ini berapa di dalam sungai bukan kah mereka telah dihadkan di ats tebing sahaja? Lanun katakan.
Sewaktu majlis penutup peserta diminta memberi komentar masing-masing. Ada beberapa perkara yang aku belajar untuk memperbaiki program sebegini. Terima kasih kepada mereka yang telah memberi komentar yang amat membina mengenai batas pergaulan dan cintai alam sekitar. Semoga dengan ada ‘check & balance’ sebegini dapat memperbaiki lagi sesuatu program itu.
Johan IRONMAN jatuh kepada JIM SPS yang diketuai oleh Syafiq. Beliau memang menjadi orang kuat di SPS dan pakar dalam bidang 'advantures'. Untung JIM SPS mempunyai tenaga sebegini.
Hari itu kami semua amat letih tetapi puas. Puas kerana telah dapat bersama menuaikan tugas masing-masing. Sebagai peserta mereka cukup patuh dan memberi kerjasama. Sebagai AJK kami telah membuat yang terbaik untuk KEMUDI 2009. Semua peserta telah balik kami AKJ masih menunggu kerana perlu diselesaikan beberapa perkara penting.
Harap Allah SWT pertemukan kita di KEMUDI 2011 insyaAllah.