Seseorang itu tidak akan berkhayal jika dia sudah mengetahui.

Lihatlah juga di luar jendela hati ini agar pandangan lebih meluas.

Followers

Sunday, July 21, 2013

Malam-malam Ramadhan

Alhamdulillah masih diizinkan untuk melaksanakan solat sunat Tarawikh walaupun kebanyakan di rumah dan walaupun cuma lapan rakaat. Rugi jika kita tidak buat langsung sebab cuma di bulan ini sahaja ada sunat Tarawikh ini.

Bacaan Al Quran pun tidak banyak cuma beberapa ayat dalam sehari itu pun hanya di sebelah malam. Cuba juga pertingkatkan solat-solat sunat yang lain tetapi tidaklah banyak.

Sedekah pun sekali-sekali. Aku berharap Allah limpahkan Rahmatnya kepada aku. Sekarang aku masuk pusingan kedua Ramadhan aku bermohon agar Allah SWT mengurniakan keampunanNya kepada aku yang banyak berdoa ini.

Aku juga memohon agar Allah SWT memberi izin aku meneruskan ke punsingan akhir Ramadhan dan membebaskan aku dari Api Neraka kelak dengan kasih sayang Allah. Aku tahu amalanku tidak layak dan mampu menagih Syurga Allah yang teramat mahal itu.

Saturday, July 6, 2013

Aku tersentuh ingatkan Nana.

Semalam semasa aku duduk di sebelah Along yang memandu kereka ke Flat Hijau Sg Nibong adikku Mak Yang talipon mencerita yang dia berjumpa Nana 2 kali.

Pertama kerana cikgu sekolah Nana menghubunginya melalui bapa Nana yang mereka tidak boleh membuat IC Nana sebab Mak Yanglah nama yang layak kerana tercatit di surat beranak Nana nama Mak Yang. 

Kedua di Pejabat Pendaftaran semasa membuat IC Nana. Nana menangis kerana ingin mengikut Mak Yang. Manakala Mak Yang memujuknya yang buat ketika ini kami tidak mampu mengambil alih penjagaan Nana.

Sudah hampir 3 tahun kami terpisah. Nana menjadi anak asuhan aku sejak umurnya 3 tahun. Setelah 6 tahun bersama kami ibu kandungnya mucul dan menuntut penjagaannya. Perang besar juga kami beberapa kali di Pejabat Agama, di Balai Polis malah di rumah juga.

Aku terasa amat bersalah kerana tidak mampu mengambil Nana kembali kerana akur dengan undang-undang. Nana sentiasa didalam doa harianku agar dia baik-baik bersama ibu kandungnya. Tetapi sangkaan aku meleset sekali. Rupanya Nana di dera dan aku difahamkan telah berlaku kes polis.

Jauh di dalam hati aku ini masih mengharapkan Nana dapat kembali ke pangkuan kami walaupun dia cuma aanak angkat.

Ya Allah tenangkan jiwa aku, adik aku, keluarga aku jga keluarga Nana dan yang paling penting seekali diri Nana itu sendiri. permudahkan dan percepatkan proses ini. Amin ya Rabbal Alamin

Friday, June 7, 2013

Teringat masa dulu.

Memang kadang-kadang terimbau kenangan lama semasa anak-anakku masih kecil. Memang mudah kerana tidak perlu fikir jauh. Anak-anak ini akan sentiasa bersama di dalam semua aktiviti yang kami terlibat. Jarang sekali aku tinggalkan mereka di rumah.

Mereka tidak mempunyai banyak kerenah. Syukur alhamdulillah segalanya mengikut kata. Aku besarkan mereka bersama Kak Ida yang juga macam aku mempunyai minat dan aktiviti yang sama. Dari mula kami belum berkahwin lagi kami telah bersama jamaah yang kemudian muncul sebagai Jamaah Islah Malaysia. Dakwah dan kebajikan merupakan tungjang aktiviti kami. Kemudian bersama dalam transfomasi ke IKRAM, satu pertubuhan Tarbiah, Dakwah dan Kebajikan.

Kami sekeluarga bersama berkongsi minat yang sama memasuki Silat Gayong Pusaka. Terlampau banyak hendak diperkatakan namun cukup aku simpulkan kami benar-benar aktif dalam silat.

Aku memang lama lama tidak p\berkongsi dalam blog ini. Ini aku amat akui aku tidak fokus kerana mungkin sudah ada FB.

Semoga aku boleh dan mampu menyumbang.

Tuesday, November 6, 2012

Berihat sebentar sambil berdakwah.

Alhamdulillah. 
Mungkin ada yang agak tertekan dengan aktiviti harian masing-masing. Bawalah keluarga dan sahabat-sahabat keluar sebentar beriadah. InsyaAllah ianya merapatkan keintiman keluarga dan silaturrahim antara sahabat. Doakan aktiviti riadah kita itu diberkati dan memberi sakinah atau ketenangan dunia dan akhirat.

Carilah lokasi yang agak terpencil dan kos perbelanjaan yang sederhana agar kurang gangguan. Memang benar jika dapar berinteraksi dengan masyarakat di situ itu yang berbaik. Maknanya kita bertegur-sapa dengan mereka, santuni mereka dengan akhlak yang baik. Mungkin itu dakwah kita yang tanpa disedari secara lansung.

Mudah-mudahan bila Malaikat Mungkar dan Mangkir bertanya di kubur kelak kita boleh menerangkan yang kita ada juga berdakwah kepada masyarakat.

Penerangan:
Ummah - hanya tertumpu kepada orang Islam.
Masyarakat - kesemua termasuk yang Islam dan belum Islam (bukan  Islam).
(betulkan jika saya tersalah)

Tuesday, October 16, 2012

Tidak Berkumpul Begini Selama Dua Tahun



Alhamdulillah lama tidak berjumpa dan bergambar sebegini maklumlah masing-masing ada tugas dan tanggung-jawab tersendiri.
Dari kiri; Nurhidayah bekerja di KL, Nursyuhadah belajar di UiTM Seri Iskandar, Ipoh, Ida, aku, Mohd Saiful Nizam kerja di Penang dan Muhammad Sobri baru balik dari Darul Mustafa Hadramaut, Yaman.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kemudahan dan kesejahateraan kepada keluarga kami. Itu diantara doa harianku selepas solat. Bergitu juga antum sekelian. Jenuh juga hendak mengurus keluarga kami ini. Anak-anak kami mempunyai keistimewaan dan kenenah yang berbagai. Semoga mereka dapat memahami segala yang telah kami lalui, susah senang dalam kehidupan ini.

Aku berharap mereka dapat meneruskan perjuangan aku yang sedikit dan tidak seberapa ini. Semoga tidak melupakan untuk berdoa untuk kami sentiasa. Amin